Pengedar dadah berjaya loloskan diri

Tangkap layar yang memaparkan beberapa anggota polis cuba menahan suspek.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah berjaya meloloskan diri ketika proses tangkapan dilaksanakan di sekitar Taman Maluri, Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar berkata, terdahulu, pihaknya telah mengesan sebuah video berdurasi 52 saat di laman Facebook.

“Video berkenaan memaparkan beberapa individu (anggota polis) yang menaiki motosikal sedang melaksanakan tangkapan terhadap suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC di persimpangan lampu isyarat, Taman Maluri.

“Suspek dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah dan ketika proses tangkapan dilaksanakan, anggota polis cuba merampas anak kunci namun gagal kerana tiada anak kunci,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan suspek sehingga berjaya ditangkap.

“Polis juga ingin menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak tepat.

“Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti menyalahi undang-undang boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-92845051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115999,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker