Absolut Chocolat kian maju, Nadiyah diasak soal cahaya mata

Absolut Chocolat kian maju, Nadiyah diasak soal cahaya mata

Selepas tiga tahun bekerja keras mengukuhkan jenama Absolut Chocolat termasuk memiliki kios fizikal pertama di Mid Valley, pasangan suami isteri, Nadiyah Shahab dan Ben Ali terus diaju persoalan mengenai cahaya mata.

Sejak bernikah pada 10 November 2018, pasangan sama padan itu dilihat begitu aktif dalam dunia perniagaaan diusahakan mereka.

Nadiyah berkata, mereka tidak pernah putus harapan dan berusaha untuk dikurniakan anak sebagai pelengkap bahagia.

“Siapa yang tak mahu anak? Bayangkan dalam perniagaan kami usahakan pun, sudah ‘lahir’ kios fizikal pertama di Mid Valley Megamall. Mestilah kalau boleh dan diizinkan, kami nak juga ada anak.

“Malah ada teman berseloroh, kios fizikal boleh diadakan, takkan anak sendiri tidak boleh diusahakan.

“Jujur, ikutkan baik saya dan Ben memang kami nak anak. Kalau boleh sekarang pun memang nak jadikan perkara tersebut sebagai kenyataan. Tapi kita hanya, merancang dan berusaha. Selebihnya, kuasa Tuhan,” katanya.

Tambah pelakon drama Korban Kasih itu lagi, dia turut menepis sekeras-kerasnya cerita yang kononnya dia enggan hamil.

Sebaliknya, Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 30, percaya tempoh waktu sekarang dilihat tepat untuk hamil.

“Tak ada istilah saya tak nak hamil. Semestinya kahwin itu sebagai syarat untuk kita terus menambah zuriat dan keturunan.

“Cuma baik saya dan suami memang terlalu fokus bekerja ketika ini. Masing masing mempunyai peranan penting dalam syarikat.

“Dalam hal berniaga ini, kami tidak boleh ambil mudah. Bagi mengukuhkan jenama Absolut Chocolat bukan perkara yang dibuat dalam masa singkat. Apatah lagi dalam keadaan dunia diuji dengan pandemik Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Nadiyah yang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Eksekutif, Absolut Brands Sdn. Bhd., teruja kerana impian mempunyai kios fizikal pertama akhirnya menjadi kenyataan.

“Kebiasaannya sektor luar talian atau offline di pasar raya mega didominasi bangsa lain. Jadi apabila ini jadi realiti, saya bersyukur sangat.

“Malah kami merancang untuk tambah empat lagi cawangan kios di pusat beli sekitar Lembah Klang dan lima lagi kiosk menjelang April tahun depan,” katanya yang memberitahu perniagaan diusahakan baru-baru ini dianugerahkan Superbrands Malaysia’s choice 2020. K Online

Absolut Chocolat kian maju, Nadiyah diasak soal cahaya mata


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker