Masa depan politik Zuraida makin kabur?

PENGANALISIS politik meramalkan masa depan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin akan semakin kabur selepas beliau membuat keputusan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ini kerana PBM adalah sebuah parti ‘nyamuk’ yang baru ditubuhkan dan tidak mempunyai akar umbi yang kukuh dan pengaruh besar dalam kalangan pengundi seperti UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pas.

Malah, ramai penganalisis politik berpandangan bahawa tindakan Zuraida meninggalkan Bersatu memang sudah diduga kerana beliau terlibat secara langsung dengan penubuhan PBM.



Penubuhan PBM adalah berlandaskan konsep parti merentasi kaum dan disokong oleh wakil rakyat yang mengikut bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida sendiri keluar dari PKR semasa krisis pada 2020 lalu.

Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dikatakan melompat parti kerana merasakan wadah perjuangan Bersatu kurang sesuai dengan inspirasi dan pemikirannya.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Univesiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, prinsip nasionalisme yang cuba dibawa oleh Bersatu tidak sesuai dengan pemikiran Zuraida yang lebih cenderung kepada pemikiran sosialis.

Berikutan itu, Zuraida dan bekas wakil rakyat PKR lain melihat penyertaan mereka ke dalam PBM akan peluang untuk mengumpulkan tenaga daripada rakan seperjuangannya di bawah satu platform baharu bagi memenuhi inspirasi mereka.



DIRAMAL KALAH JIKA BERTANDING

Bagaimanapun, beliau berkata, Zuraida tidak perlu meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana keluar Bersatu tiada kena mengena dengan anggota jemaah menteri.

“Tindakan Zuraida menyatakan kesediaan meletakkan jawatan menunjukkan satu kematangan berpolitik kerana beliau berfikir pelantikannya adalah atas kapasiti Bersatu.

“Namun, saya tidak jangka Zuraida akan ‘survived’ jika beliau terus bersama PBM kerana parti berkenaan tidak mempunyai pengaruh dalam kalangan rakyat dan pengundi.



“Jika Zuraida mahu bertanding di kerusi Ampang atas tiket PBM beliau akan kalah walaupun pernah menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit.

“Biarpun Zuraida pernah menjadi Ahli Parlimen Ampang selama kira-kira 14 tahun namun tidak bermakna beliau amat berpengaruh dan boleh menang di situ.

“Justeru itu, kita semua tunggu dan lihat apakah wadah dan naratif politik Zuraida dalam PBM,” katanya ketika dihubungi Sinar Premium.

TIDAK HORMATI MOU



Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi menegaskan Zuraida wajar meletakkan jawatan kerana beliau dilantik sebagai menteri kabinet atas kuota Bersatu.

Beliau berkata, jika Zuraida masih mahu merundingkan jawatan kabinet ia seolah-olah tidak menghormati majoriti rakyat benci wakil rakyat melompat parti hingga ada desakan agar kerajaan menggubal undang-undang khas.

Bagaimanapun, Awang Azman berkata, tindakan itu akan meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam keadaan serba salah apabila Zuraida menyatakan untuk membincangkan isu peletakan jawatannya seolah-olah boleh dirunding dan tawar menawar.

 



Awang Azman
Awang Azman

 

“Zuraida sewajarnya memberikan ruang kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri untuk bebas membuat apa-apa sahaja keputusan berdasarkan sentimen rakyat dan negara.

“Peletakan jawatan Zuraida boleh sahaja sebagai isyarat PRU perlu diadakan bagi memastikan kerajaan yang lebih kuat dan stabil untuk memerintah negara,” katanya kepada Sinar Premium.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, tindakan itu juga menunjukkan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik (CSA) antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu diteruskan kerana mungkin ada lagi menteri kabinet akan melompat parti dalam masa terdekat.



“Apa fungsinya apabila persefahaman kerajaan dan PH dikekalkan sedangkan hakikatnya berlakunya perpecahan dalaman parti. Ia hanya dapat dipulihkan yang perlu distabilkan melalui mengadakan pilihan raya umum bagi mendapat mandat rakyat.

“Jika tidak krisis kepercayaan akan terus berlaku terhadap pemimpin dan parti politik. Rakyat semakin bosan situasi ini yang berpanjangan dan perlu dihentikan segera.

“Ini juga boleh mengundang ahli Parlimen lain untuk ikut jejak langkah Zuraida. Jika tidak ditangani dengan tegas dan muktamad oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri boleh berikan impak yang buruk kepada imej UMNO sebagai Perdana Menteri kerajaan BN dan PN,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker