Lebih Ramai Ahli Parlimen Kerajaan Sertai Parti Bangsa Malaysia

Oleh Nurul Aisyah

ADAKAH kepimpinan Muhyiddin Yassin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang ditolak oleh ahli Parlimen mereka sendiri memandangkan desas desus lebih ramai ahli Parlimen akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedang bertiup kencang.

Semalam Zuraida Kamaruddin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi keluar PPBM dan menyertai PBM. Perkara ini mengundang kekecohan dikalangan parti Muhyiddin. Mereka mahu penganti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dari dari parti Muhyiddin juga.



Namun persoalan yang lebih utama adalah bagaimana dengan kedudukan majoriti kerajaan campuran antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN)?

Presiden PBM, Larry Sng menegaskan parti itu akan menyokong kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seterusnya memastikan jumlah majoriti yang ada terus kekal.

Kerajaan pimpinan Ismail mempunyai majoriti 116 ahli Parlimen merangkumi pelbagai parti yang membentuk pentadbiran PN sebelum ini.
Parti-parti tersebut dari BN, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah, STAR serta beberapa ahli Bebas.

Setakat ini, PBM mempunyai tiga wakil di Dewan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Julau, Larry Soon @ Sng, ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.



Menurut penganalisis, keadaan politik yang semakin bergolak sejak kebelakangan ini merupakan indikator yang Pilihan Raya Umum ke 15(PRU-15) perlu diadakan secepat mungkin. Parlimen perlu dibubarkan sekarang bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Ini penting untuk kestabilan politik yang bakal menentukan pertumbuhan ekonomi kita. Negara tidak mampu kehilangan lebih ramai pelabur lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker