Jangan Salah Faham Isu Tengku Zafrul Calon Parlimen Sungai Besar – Jamal Yunos

Jangan Salah Faham Isu Tengku Zafrul Calon Parlimen Sungai Besar – Jamal Yunos

SEKINCHAN: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos meminta ahli UMNO khususnya di bahagian itu tidak salah faham mengenai kenyataannya yang bersedia memberi laluan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertanding di kawasan Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jamal berkata, soal menentukan calon untuk bertanding mewakili UMNO di Parlimen Sungai Besar bukan ditentukan beliau, sebaliknya terserah kepada pucuk pimpinan parti menentukan calon terbaik.

“Apa salahnya kalau beliau (Tengku Zafrul) hendak datang membantu penduduk di Sungai Besar dan mempunyai fikiran untuk memenangkan Selangor agar diterajui kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke rumah mangsa banjir di Sekinchan di sini pada Khamis.

Beliau memberitahu, UMNO bahagian itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja pemimpin termasuk menteri daripada parti itu untuk membantu Selangor.

Katanya, di Selangor hanya Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang berada di dalam kabinet kerajaan Persekutuan.

“Saya melihat ada beberapa UMNO bahagian (di Selangor) tidak menerima beliau (Tengku Zafrul), sebaliknya saya menawarkan beliau untuk berpindah cawangan UMNO dari Lembah Pantai ke Sungai Besar,” ujarnya.

Katanya, walaupun kehadiran Tengku Zafrul tidak disenangi segelintir pemimpin peringkat bahagian dan ahli UMNO, namun beliau berpandangan sebaliknya.

“Saya melihat kesungguhan dan keikhlasan Tengku Zafrul datang ke Selangor untuk membantu rakyat dan parti UMNO.

“Misalnya pada hari ini (Khamis), kalau tiada siapa membantu penduduk di Sekinchan yang dilanda banjir kilat, maka saya sendiri akan menghadap selepas beliau pulang ke luar negara demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di sini.” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Tengku Zafrul mengintai beberapa kerusi Parlimen termasuk di Selangor untuk menjadi calon BN pada PRU15.-SH

Jangan Salah Faham Isu Tengku Zafrul Calon Parlimen Sungai Besar – Jamal Yunos

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker