Tempat doa mustajab ketika menunaikan haji

Tempat doa mustajab ketika menunaikan haji

Ibnu Qayyim berkata, ada enam tempat diutamakan untuk berdoa ketika haji: Pertama, di atas bukit Safa. Kedua, di atas bukit Marwah. Ketiga, sewaktu di Arafah. Empat, di Muzdalifah. Lima, sewaktu melontar jamrah pertama. Keenam, ketika melontar jamrah kedua.

Dijelaskan secara terperincinya begini:



Pertama: Doa di bukit Safa dan Marwah.

Ia seperti mana yang dilakukan Rasulullah s.a.w. iaitu hadapkan muka ke kiblat dan membaca doa selepas bertakbir dan berzikir sebanyak tiga kali. Doa dibaca antara zikir,

“Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyiii wayumiitu wahuwa ‘alaa kulli syai’in qadiir. Laa ilaaha illallaahu wahdah, anjaza wa’dahu manashara ‘abdahu wa hazamal ahzaaba wahdah.”

Kedua: Doa yang dibaca pada hari Arafah bermula selepas Zuhur hingga Maghrib. Perbanyakan doa pada hari itu tanpa mengira untuk kepentingan dunia mahupun akhirat. Rasulullah bersabda,



“Sebaik-baiknya doa adalah doa hari Arafah dan sebaik-baik perkataan yang aku dan nabi-nabi sebelumku selalu melafazkan adalah; Laa ilaaha ilallah wahdahuu la syariikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir.” (HR Tirmizi).

Ketiga: Disunahkan berdoa di Muzdalifah dengan mengangkat tangan dan menghadap ke kiblat selepas solat Subuh hingga nampak cahaya kekuningan matahari. Firman Allah,

“Maka apabila kamu bertolak dari Arafah berzikirlah kepada Allah di Masy’aril Haram. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat.” (Surah al-Baqarah: 198).

Abdurrazzaq meriwayatkan daripada Salim, dia berkata,



“Ibnu Umar mengatakan, Al-Masy’aril Haram itu adalah setiap tempat di Muzdalifah.” (Ibnu Abi Hatim, tahqiq: Dr. Al- Ghamidi).

Dalam hadis Jabir bin Abdillah yang panjang dicantumkan di dalam Sahih Muslim disebutkan,

“Sampai di Muzdalifah Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Maghrib dan Isyak (dijamakkan) dengan satu azan dan dua iqamat, tanpa solat sunat antara keduanya. Kemudian Nabi tidur hingga terbit fajar. Setelah tiba waktu Subuh Baginda solat Subuh dengan satu azan dan satu iqamat.

Kemudian Rasulullah tunggangi untanya (Qashwa) meneruskan perjalanan sampai ke Masy’aril Haram. Sampai di sana Rasulullah menghadap ke kiblat, berdoa, takbir, tahlil dan membaca kalimat tauhid.” (HR Muslim).



Keempat: Doa selepas melontar jamrah pertama (kecil) dan jamrah kedua iaitu pada hari tasyriq. Namun tidak ditetapkan untuk membaca doa selepas melontar jamrah besar sama ada semasa hari korban atau selepasnya. Utv

Tempat doa mustajab ketika menunaikan haji

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?



Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker