Pelajar sekolah bawa ‘geng’ serang, pukul rakan

Pelajar sekolah bawa ‘geng’ serang, pukul rakan

KAJANG: Seramai empat pelajar sekolah menengah berusia lingkungan 15 ke 16 tahun ditahan kerana disyaki terlibat kejadian pergaduhan berkumpulan di sebuah stesen minyak di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara suspek dan mangsa terbabit di kantin sekolah mereka di sini pada Rabu.



“Mangsa telah berselisih faham dengan salah seorang rakan suspek kerana didakwa telah mencampakkan duit ketika hendak membeli minuman di kantin semasa waktu rehat.

“Perselisihan faham itu berlarutan apabila kedua-dua pihak telah bertumbuk akibat tidak berpuas hati.

“Suspek bertindak meminta bantuan dari rakan-rakan sekolah lain untuk membalas dendam terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 12 saat tular memaparkan sekumpulan pelajar sekolah bergaduh sambil cuba dileraikan oleh dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang berada berhampiran.

Mohd Zaid berkata, semakan mendapati video tular berkenaan merupakan kejadian pergaduhan pada Khamis dan Jumaat di dua tempat berlainan di sekitar sekolah berkenaan.



Katanya,mangsa yang berusia 16 tahun telah diserang dan dipukul oleh suspek dan beberapa rakannya yang dipercayai pelajar dari sekolah lain di sini sekitar jam 12.30 tengah hari, Jumaat.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima laporan dari seorang pelajar berusia 16 tahun lebih kurang pada jam 5.04 petang.

“Sepasukan polis dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah tangkap empat suspek pelajar sekolah di sekitar Kajang disyaki terlibat pergaduhan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis masih mengesan beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan terbabit.



Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan permohonan reman sedang dimohon dari mahkamah. -SH

Pelajar sekolah bawa ‘geng’ serang, pukul rakan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar



Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker