Pilihan raya PBT, Pemuda PAS akhirnya buat laporan polis

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membuat satu laporan polis terhadap seorang ahli parlimen DAP berhubung cadangannya agar diadakan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketuanya, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin, mendakwa bahawa cadangan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai telah mencetuskan ketegangan kaum di kalangan orang ramai.

“Kenyataannya telah banyak menimbulkan kegusaran di kalangan orang ramai. Banyak pertelingkahan dan perbahasan berlaku di media sosial.



“Perkara ini telah membawa kepada ketidakharmonian di kalangan masyarakat dan ia terus menjadi satu fenomena,” katanya kepada wartawan, hari ini.

Azmer (atas, kanan) telah membuat laporan polis petang tadi di balai polis daerah Dang Wangi.

Dia menyatakan bahawa PAS konsisten dalam pendirian mereka menentang pilihan raya majlis tempatan.

Bagaimanapun, Azmer berkata terdapat pengecualian jika kaum pengundi diselaraskan di semua kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan.



“PAS sentiasa konsisten menentang cadangan penganjuran pilihan raya PBT di Wilayah Persekutuan.

“Walaupun kita boleh kata majoriti (penduduk) Melayu di Wilayah Persekutuan tetapi kena lihat juga beberapa Parlimen lain seperti Kepong, Seputeh ada berbilang kaum.

“Bila ada kaum berbeza, kita gusar pilihan raya ini akan menyebabkan muncul isu-isu perkauman,” katanya.

Kali terakhir Malaysia mengadakan pilihan raya majlis tempatan ialah pada tahun 1963. Pusingan seterusnya, yang sepatutnya diadakan pada tahun berikutnya, telah digantung.



Penggantungan sementara itu menjadi kekal pada 1976 apabila parlimen meluluskan Akta Kerajaan Tempatan menyebabkan pilihan raya kerajaan tempatan dimansuhkan sama sekali dan hanya memperuntukkan pelantikan ahli majlis tempatan.

Pihak yang menentang cadangan semula pilihan raya majlis tempatan termasuk Umno, Bersatu, dan PAS.

Hujah utama adalah berteraskan motif perkauman, dengan pengkritik mendakwa bahawa Melayu akan kehilangan kuasa di kawasan bandar disebabkan oleh “dominasi DAP”.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker