Mangsa penipuan skim pelaburan emas kerugian lebih RM3 juta

Seorang ahli perniagaan dan model sambilan antara 300 individu yang kerugian lebih RM5 juta selepas terpedaya dengan tawaran sebuah syarikat pelaburan emas yang beroperasi di daerah ini sejak Mei lalu.

Semua mangsa terbabit mendakwa dijanjikan pulangan lumayan sebagai ‘Rakan Niaga Pelaburan Emas’ iaitu RM25 bagi setiap gram atau lima hingga 15 peratus dalam tempoh sepuluh hari berdasarkan jumlah pelaburan dibuat kepada syarikat.

Bagaimanapun, mangsa bukan saja ‘berputih mata’ tidak menerima pulangan keuntungan dijanjikan, malah ada dalam kalangan mereka kehilangan tanah yang digadai, menjual aset selain mengeluarkan wang simpanan untuk membuat pelaburan berkenaan



Mangsa yang juga pemilik kedai emas, Liana Friska Ramle, 35, berkata pada awalnya dia bersama lebih 300 rakan niaga yang lain membuat pelaburan lebih RM3 juta sebelum menerima bayaran keuntungan selama tiga bulan berturut-turut.

“Bagaimanapun, kami mula menyedari diperdaya apabila tidak lagi mendapat bayaran keuntungan pada Ogos, malah modal pelaburan asal juga gagal dipulangkan seperti dipersetujui sebelum ini.

“Kami cuma menuntut hak kami, selain berharap masyarakat di luar sana tidak terjebak dengan pelaburan yang meragukan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Laporan polis berhubung kes ini dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada 14 Disember lalu.



Liana berkata, dia juga turut menerima ugutan daripada rakan niaga yang dibawanya melabur dalam syarikat itu, selain difitnah di media sosial sehingga menyebabkan mental dan emosinya terganggu.

Seorang lagi mangsa, Rendiani Mohd Rejab @Mexxren, 18, yang juga model sambilan dan pempengaruh media sosial turut kerugian RM26,000 selepas menyertai pelaburan itu pada awal Jun lalu.

Sementara itu, peguam Abdul Ghani Zelika yang mewakili mangsa berkata, pihaknya sudah menyerahkan notis tuntutan terhadap pemilik syarikat pelaburan berkenaan sebelum tindakan saman difailkan di Mahkamah Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi pula mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan kertas siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



“Siasatan berhubung kes ini masih dijalankan dan tindakan selanjutnya akan diteruskan sebaik arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya diperoleh,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker