Lelaki Pakistan ditahan, gagal rasuah polis RM200

Gambar Hiasan

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki warga Pakistan disyaki cuba menyogok anggota polis di sekatan jalan raya di Tumpat awal pagi tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 1.20 pagi ketika memandu sebuah van, yang turut dinaiki seorang rakan senegaranya.

“Ketika ditahan, lelaki berkenaan cuba menyogok anggota polis bertugas sebanyak RM200 sebagai dorongan agar tidak diambil tindakan undang-undang.

“Lelaki itu didapati tidak memiliki lesen kenderaan barangan (GDL) dan menyalahgunakan pas perjalanan,” kata sumber itu.



Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini telah membenarkan lelaki itu direman enam hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker