Haji Hadi kata isytihar harta satu kebodohan

 

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang  melihat syarat PKR supaya calonnya mengisytiharkan harta sebagai satu “kebodohan”.

Katanya, pendekatan itu seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.



“Isytihar harta ini kadang-kadang satu kebodohan. Nak tunjuk-tunjuk kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas kuliah mingguan di Rusila, Marang, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana parti itu akan turut sama mengikuti langkah PKR dalam pengisytiharan harta.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilapor berkata, setiap calon parti pada PRU15 perlu berbuat demikian bagi memastikan standard yang lebih tinggi untuk pilihan raya akan datang.

Langkah itu juga dikatakan akan menimbulkan keyakinan orang ramai terhadap pilihan raya dan institusi yang mereka berkhidmat sekiranya calon itu mula memegang jawatan.



Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga penyandang serta calon PAS bagi kerusi parlimen Marang berkata tiada keperluan untuk mengisytihar harta ketika kempen PRU15 ini.

Sebaliknya, Abdul Hadi berkata ia sepatutnya dibuat bertahun lalu.

“Bukan masanya nak isytiharkan harta dalam tempoh dua minggu ini.

“Sepatutnya orang kena tahu bertahun-tahun (dulu) tentang harta kita itu dan masyarakat setempat lebih tahu calon-calon kita di tempat masing-masing dan tak ada guna kita nak bermuka-muka dengan orang,” katanya.



‘Kita ratus ribu saja, tak sampai juta’

Menurut Abdul Hadi lagi, baik pemimpin PAS mahupun calon-calon yang bertanding dalam PRU15 kali ini bukanlah dari kalangan mereka yang memiliki harta yang banyak.

“Harta kita tak banyak, orang lain (calon parti) semua sebut juta-juta tapi kita ratus ribu sahaja tak sampai juta. Tak perlu isytiharlah.

“Memang ada orang kita yang jutawan pun ada, tapi tak terlibat dengan politiklah. Terlibat dengan politik ini, meniaga pun kena sekat,” katanya.



Mengulas sama ada ia akan menjadi masalah sekiranya dimanipulasi pihak lawan, Abdul Hadi berkata ia tak akan berlaku.

Katanya, ini kerana tiada seorang pun pemimpinnya yang terpalit dengan dakwaan sedemikian.

“Dia tak boleh buat apa kepada pemimpin PAS, kerana orang PAS ini didapati tak ada salah laku dan tak terlibat.

“Kita perintah Kelantan, Terengganu, Kedah pun tidak ada seorang pun orang kita yang diheret dan dibicarakan di mahkamah.



“Tapi dalam PH ada, dalam BN pun ada,” katanya.

Tambah Abdul Hadi, dia juga tidak bimbang sekiranya pihak lawan melabel kepimpinannya sebagai tidak telus.

Bagaimanapun, jelas Abdul Hadi tidak menjadi satu masalah jika ada pemimpin untuk isytihar harta.

“Tiada masalah untuk pemimpin isytihar harta, tapi janganlah sekadar nak menunjuk dekat orang semata-mata ketika PRU15.



“Janganlah nak isytihar harta pada PRU15 ini semata-mata nak tunjuk kita baik,” jelasnya.

Terdahulu, sebahagian besar daripada 72 calon PKR membuat pengisytiharan aset mereka sejak beberapa hari lalu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker