Anwar ‘Bapa Pengkhianat’ & ‘Gila Kuasa’ – Azmin Ali

 

Bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali, yang digelar “pengkhianat” berikutan pembabitannya dalam Langkah Sheraton menyifatkan bekas mentornya Anwar Ibrahim sebagai “bapa pengkhianat”.

Azmin, yang juga ahli majlis tertinggi Bersatu memperincikan dua “langkah” oleh presiden PKR sepanjang kerjaya politiknya yang didakwanya sebagai ‘gila kuasa’.



Bercakap kepada pemberita di Tambun, Perak, petang tadi, Azmin mengungkit “Langkah Kajang” yang didakwa bertujuan mencatur Anwar sebagai menteri besar Selangor pada 2014 dan “Langkah Port Dickson” untuk mencapai cita-cita presiden PKR itu menjadi perdana menteri.

“Bukankah itu pengkhianat? Beritahu saya. Abdul Khalid Ibrahim berada di pejabat (menteri besar) tetapi beliau telah dipecat dengan cara yang tidak demokratik.

“Dia (Anwar) adalah bapa pengkhianat sebenar,” kata Azmin (atas) kepada pemberita selepas memberi ucapan kepada penduduk Tambun, semalam.

Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu berada di Klebang Jaya untuk menawarkan sokongan kepada rakan gabungannya Ahmad Faizal Azumu yang bertanding di kerusi Parlimen Tambun menentang Anwar.



“Kemudian dia melancarkan satu lagi langkah, Langkah Port Dickson. Tiada seorang pun daripada anda membincangkan Langkah Port Dickson. Sudah ada wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dan beliau masih hidup sehingga kini.

“Tetapi kerana dia (Anwar) begitu bercita-cita tinggi untuk menjadi perdana menteri, dia memaksa ahli parlimen itu meletakkan jawatan. Tetapi dia tidak menjadi perdana menteri.”

Pada 2014, peletakan jawatan secara mengejut Adun Kajang Lee Chin Cheh untuk mengosongkan kerusinya dilihat sebagai permulaan kontroversi “Langkah Kajang”.

Ia digembar-gemburkan secara meluas sebagai rancangan PKR untuk menggantikan Khalid menteri besar ketika itu dengan Anwar, yang sepatutnya diletakkan di kerusi DUN itu.



Bagaimanapun, Anwar hilang kelayakan bertanding kerana disabitkan kesalahan liwat. Dia kemudiannya digantikan oleh isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, Langkah Port Dickson berlaku kurang setahun selepas pilihan raya umum 2018. Ia berlaku selepas Anwar dibebaskan dari penjara setelah mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.

Ahli Parlimen Port Dickson ketika itu, Danyal Balagopal Abdullah, mengosongkan kerusinya yang mencetuskan pilihan raya kecil yang kemudian dimenangi Anwar, membuka jalannya kembali ke parlimen.

Azmin berkata semasa Langkah Sheraton yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan, perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad tidak didesak untuk meletakkan jawatan.



“Sebab dia (Mahathir) bertengkar dengan Anwar, dia letak jawatan. Mengapa anda menyalahkan saya pasal perkara itu? Apabila Mahathir meletak jawatan, sudah tentu, mengikut Perlembagaan, Agong perlu memilih seseorang yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

“Dan sokongan itu doberikan kepada Muhyiddin (Yassin), ia sangat lancar.

“Mengikut Perlembagaan, tidak ada pengkhianatan. Tanya dia (Anwar) siapa pengkhianat di Port Dickson dan Kajang,” tegasnya.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker