Mufti Perlis ingatkan calon kematian suami tidak boleh berkempen

 

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin berkata wanita yang menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) tetapi berada dalam tempoh edah susulan kematian suami, tidak boleh keluar untuk berkempen.

Menerusi satu hantaran di Facebook katanya, mereka wajib berada dalam edah selama empat bulan 10 hari.



“Keluar untuk kempen pilihan raya bukan keperluan hidup, yang mana jika dia tidak keluar maka hidupnya terjejas dan hidup seseorang tidak bergantung kepada hal itu, kerana jika dia tidak menyertai berkempen pilihan raya pun tidak menjejaskan keperluan asas hidupnya.

“Malah, orang lain juga tidak mendapat kesusahan kerana ketidakhadiran beliau berkempen,” katanya.

Mohd Asri berkata demikian ketika mengulas berhubung hukum calon wanita dalam edah kematian suami keluar berkempen.

Ia difahamkan sebagai merujuk seorang calon BN Parlimen Arau Zahida Rafik Khan yang dikatakan masih dalam tempoh edah selepas kematian suaminya pada Ogos lalu.



Zahida melalui video di media sosial semalam berkata dia membataskan pergerakan ketika berkempen kerana masih dalam tempoh edah selepas kematian suami.

Sementara itu dengan merujuk mengikut panduan al-Quran dan sunnah Mohd Asri berkata wanita dalam edah kematian boleh keluar rumah untuk keperluan dirinya yang tidak dapat dilunaskan melainkan terpaksa keluar rumah.

“Ini khususnya untuk urusan kerja bagi yang jika dia tidak keluar akan menggugat pendapatannya bagi meneruskan kehidupan. Begitu (juga) untuk perubatan dan keselamatan diri,” jelasnya lagi.

Tambah Mohd Asri dalam konteks semasa hari ini, pilihan raya hanyalah perebutan kuasa bukan survival kehidupan seseorang.



Bahkan katanya, banyak pihak lain yang boleh melakukan hal yang sama dan tidak bergantung hanya pada orang tertentu sahaja.

“Namun, jika seseorang berada dia suatu tempat atau negara yang penyertaannya menentukan survival umat Islam atau keselamatan orang ramai, maka dia boleh keluar berkempen dalam konteks itu.

“Pun begitu seseorang calon wanita dalam edah kematian tetap boleh berkempen di rumahnya samada melalui orang yang hadir atau melalui media baharu dengan pelbagai teknologi yang ada.

“Adapun calon wanita di Perlis berkenaan telah pun menghubungi saya. Beliau memaklumkan kepada saya yang beliau akan mematuhi hukum hakam syarak berkaitan. Alhamdulillah, harapnya benar-benar sedemikian,” kata Mohd Asri.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker