Peperiksaan SPM 2023 bermula 5 Disember

Peperiksaan SPM 2023 bermula 5 Disember

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 akan bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024.

Menerusi pemakluman Kementerian Pendidikan (KPM), jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.



Berdasarkan hantaran tersebut, pada 5 hingga 7 Disember ialah Ujian Amali Sains, Ujian Bertutur Bahasa Melayu (8-11 Januari 2024), Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (17-23 Januari 2024), manakala Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Januari 2024).

Seterusnya Ujian Bertulis pula dari 30 Januari hingga 7 Mac 2024.

“Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023,” kata hantaran KPM, hari ini.

Semalam, dilaporkan KPM akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan SPM 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember depan. K Online



Peperiksaan SPM 2023 bermula 5 Disember

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker