PM, TPM boleh hadir, kenapa Menteri tak dapat hadir

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegur Menteri yang tidak hadir

PM, TPM boleh hadir, kenapa Menteri tak dapat hadir

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini mengingatkan ahli Jemaah Menteri supaya menghormati institusi Parlimen dengan hadir menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementerian yang diwakili.

Beliau berkata, Dewan Negara harus dihormati dan kehadiran seseorang menteri sangat penting dalam menjelaskan sesuatu persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negara.



“Saya memperingatkan, kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh datang, kedua-kedua Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof) boleh datang (ke sidang Dewan Negara), takkan menteri tak boleh datang?

“Tak kan lah tempat ini rendah sangat untuk menteri datang. Ini dewan tertinggi Parlimen,” katanya ketika Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, sedang menjawab pertanyaan pada sesi jawab lisan di Dewan Negara di sini hari ini.

Terdahulu, Senator Amir Md Ghazali ketika mengemukakan soalan tambahan, meminta penjelasan mengenai kedudukan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, yang beliau dakwa tidak pernah hadir menjawab soalan sejak lebih lapan bulan beliau berada di Dewan Negara.

Wan Junaidi turut menegur Khairul Firdaus yang tidak menjawab soalan sebagaimana yang diajukan kepada kementerian itu.



“Yang Berhormat (Khairul Firdaus) jawab banyak pasal hal produk pelancongan (sahaja), yang ditanya di (sidang) ini adalah sikap pemain industri (dan) bukan produk (sahaja)… harap kementerian (Pelancongan, Seni dan Budaya) buat betul-betul jawapan itu,” katanya. BH

PM, TPM boleh hadir, kenapa Menteri tak dapat hadir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Jaclyn Victor juara



GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker