Kit Siang tunjuk kebebalan lagi – Hasmuni

Kit Siang tunjuk kebebalan lagi – Hasmuni

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mencetuskan kontroversi melalui kenyataan dikeluarkan di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu, menyebut ‘tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri’.

Kenyataan berkaitan ‘Impian Malaysia’ oleh Kit Siang itu dibuat ketika beliau berucap di hadapan kumpulan pelajar Malaysia di sana.



Bekas Pengerusi DAP itu antara lain mengatakan Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Rukun Negara dan Wawasan 2020 berserta sembilan cabaran strategiknya, menjanjikan ‘Impian Malaysia’.

Impian berkenaan, katanya, meraikan kepelbagaian etnik, agama dan budaya, bukannya membawa satu impian untuk mana-mana satu etnik sahaja.

Beliau juga mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana bukan Melayu daripada menjadi perdana menteri dan berharap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang menjadi perdana menteri.

Susulan itu, Kit Siang pada Khamis lalu mengesahkan beliau dipanggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diambil keterangan dan memberi jaminan akan berjumpa pihak berkuasa berkenaan selepas pulang dari Scotland.



Bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Hasmuni Hassan, kenyataan veteran DAP itu menunjukkan sikap sebenar parti diwakilinya dan dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa di Malaysia.

“Beliau sepatutnya menghormati orang Melayu dan UMNO yang bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kit Siang nampaknya tidak pernah belajar daripada sejarah, apatah lagi menghormati hubungan sesama rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan. Ucapan ‘Impian Malaysia’ di Manchester sangat mengguris perasaan orang Melayu di tanah air.

“Beliau mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu untuk menjadi perdana menteri, dengan sinis juga menyebut Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat bukan Melayu menjadi perdana menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Hasmuni berkata, kenyataan itu nyata mengguris perasaan orang Melayu dan adalah wajar bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dikecam dan orang Melayu berasa marah.

Katanya, Kit Siang sepatutnya meletakkan keutamaan menghormati Kerajaan Perpaduan daripada cuba menjadi ‘perdana menteri’.

“Meskipun DAP berada dalam pakatan Kerajaan Perpaduan masa kini, beliau masih menunjukkan kebebalan,” katanya turut mendakwa kenyataan itu juga menunjukkan sikap rasis DAP.

“Dalam negara yang majoritinya orang Melayu, Kit Siang amat tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan orang Melayu. Sekali lagi Kit Siang menyalakan api untuk membakar ‘jambatan perpaduan’.



“Tony Pua juga bermain api dengan kenyataan yang tidak baik beberapa bulan lalu. Kenyataan seperti itu hanya membuatkan banyak hati terluka, ramai orang menjadi marah dan meretakkan perpaduan yang sedia ada,” katanya. BH

Kit Siang tunjuk kebebalan lagi – Hasmuni

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Jaclyn Victor juara



GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker