Jangan buruk sangka bila cerdik pandai Melayu berhimpun – Tok Mat

Jangan buruk sangka bila cerdik pandai Melayu berhimpun – Tok Mat

Tuduhan dilemparkan pihak tertentu kononnya kerajaan menggunakan pelbagai kongres sebelum ini untuk mewajarkan perampasan kekayaan negara bagi kepentingan kelompok elit Melayu, adalah keterlaluan.

Ini kerana semangat dan aspirasi pelbagai siri kongres sebelum ini sebenarnya untuk mengupayakan pembabitan Melayu dalam pelbagai sektor ekonomi dan perindustrian, bukannya untuk mengagihkan kekayaan negara kepada kaum pemodal tertentu dalam kalangan bangsa Melayu.

Susulan itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata cadangan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 adalah selari dengan hasrat kerajaan iaitu pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera yang memerlukan kecerdasan dan paradigma baharu.

Beliau berkata, kongres itu dianjurkan untuk membincangkan idea kontemporari dan agenda kalis masa bagi memastikan pembabitan Bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi serta perindustrian terus disokong dan diupayakan.

“Ada kritikan bernada prejudis yang mula dibuat terhadap kerajaan dan orang Melayu berhubung penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, walaupun kongres itu belum berlangsung.

“Sebenarnya, bangsa Melayu amat terkesan dengan perubahan landskap ekonomi global yang dipacu ledakan teknologi maklumat, sains dan kejuruteraan, selain kesan globalisasi serta konflik antarabangsa mutakhir ini yang menggugat kebolehsaingan kaum Bumiputera.

“Isu seperti impak perubahan cuaca, krisis makanan, pandemik, kecerdasan buatan (AI) dan kemajuan teknologi kewangan, penting untuk dibahas dan dibincangkan dalam konteks kemajuan bangsa Melayu serta kaum Bumiputera.

“Justeru, janganlah terlalu bersangka buruk setiap kali cerdik pandai Melayu berhimpun dan bermuhasabah demi bangsanya. Ia sama seperti kami tidak pernah bersangka buruk dan prejudis pada perhimpunan bangsa lain, untuk membicarakan jalan ke hadapan bangsa mereka,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 dijadual berlangsung pada bulan depan.

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dalam kenyataan sebelum ini, menafikan beliau mempertikai penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputra ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini dan mendakwa kenyataannya diputar belit.

Mohamad berkata, kerajaan berperanan untuk memastikan potensi setiap bangsa di negara ini dibongkar dan dimajukan secara bertanggungjawab, terutama golongan yang terkebelakang dalam pelbagai sektor ekonomi serta perdagangan.

Beliau berkata, semangat itu bakal diterjemah dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 akan datang dan tiada siapa akan tertinggal dalam kepesatan serta pemodenan ekonomi Malaysia. BH

Jangan buruk sangka bila cerdik pandai Melayu berhimpun – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Jaclyn Victor juara

GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker