Taib Mahmud dijangka pulang 15 Ogos ini

Taib Mahmud dijangka pulang 15 Ogos ini

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud masih berada di Turkiye dan berada dalam keadaan yang baik.

Menerusi perkongsian InstaStory oleh isterinya, Toh Puan Ragad Kurdi Taib pada Ahad lalu, pasangan suami isteri itu kelihatan seperti berada di sebuah kafe.



Dalam perkongsian itu juga, kedengaran suara latar Ragad yang menyapa suami dan pengikut-pengikutnya.

“Happy Sunday to everyone. Hello Tun. Hello husband… I love you. We all love you. Long live Insya-Allah,” ucap Ragad.

Difahamkan, Abdul Taib dan Ragad akan kembali ke tanah air selewat-lewatnya pada 15 Ogos ini dan turut menemani pasangan itu ialah pegawai Astana Negeri Sarawak iaitu pejabat Abdul Taib, menurut Astro AWANI.

Selain bercuti, Abdul Taib juga menjalani prosedur pembedahan ringan bagi membaiki ususnya, yang pernah dijangkiti barah sebelum ini.



“Astana Negeri Sarawak berharap rakyat sentiasa bersabar dan tidak mudah terpedaya dengan berita atau spekulasi yang tidak sahih mengenai tahap kesihatan Tun Abdul Taib Mahmud,” kata Astana Negeri Sarawak dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

Minggu lalu, tular berita tidak benar mengenai keadaan kesihatan Abdul Taib di media sosial.

Abdul Taib yang berusia 87 tahun, menjawat jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh sejak 1 Mac 2014.

Sebelum itu, beliau menerajui Sarawak sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun dan satu-satunya anggota Kabinet Sarawak pertama yang masih hidup. BH



Taib Mahmud dijangka pulang 15 Ogos ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker