Wanita belasah bekas suami ditahan

Wanita belasah bekas suami ditahan

AMPANG JAYA: Tindakan seorang wanita yang ingin menuntut hutang RM87,000 daripada bekas suaminya dengan memukul lelaki itu mengundang padah apabila ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 6.55 petang itu, lelaki berusia 28 tahun itu sedang mengemas rumah sewanya di Bukit Indah, Ampang sebelum didatangi bekas isterinya berusia 38 tahun memarahinya berkaitan hutang yang belum dibayar.



Beliau berkata, suspek kemudian menumbuk bibir mangsa dan mengetuk kepalanya dengan hulu pengikis simen serta tendang di bahagian perut.

“Susulan itu, pada jam 9.45 malam, polis menahan suspek yang bekerja sebagai akauntan di Ampang.

“Suspek dan mangsa baru bercerai pada 11 Julai lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun tujuh bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. BH



Wanita belasah bekas suami ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker