Jangan pilih wakil rakyat macam pilih juara AF – Tok Mat

Jangan pilih wakil rakyat macam pilih juara AF – Tok Mat

TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram supaya bijak membuat pilihan, kerana memilih wakil rakyat tidak semudah mengundi juara program realiti televisyen seperti “Akademi Fantasia”.

Beliau berkata pengundi di kedua-dua kerusi berkenaan perlu sedar bahawa pemilihan wakil rakyat yang betul, terutamanya yang bersama-sama dalam kerajaan yang memerintah negeri dan negara, adalah amat penting dalam memastikan suara mereka dapat dibawa dengan lebih efektif.



“Jadi, jangan salah pilih calon kerana tiada gunanya jika tidak bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ini calon parti Kerajaan Perpaduan, parti yang mengurus negara ini, kerajaan yang mewakili suara rakyat Malaysia. Kalau salah pilih besok jangan salahkan sesiapa dan akibatnya kita yang tanggung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan pada program ramah mesra bersama pengundi Simpang Jeram di Taman Seri Jeram di Muar hari ini, bersama-sama calon Pakatan Harapan (PH) kawasan itu Nazri Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata kegagalan untuk menobatkan calon Kerajaan Perpaduan pada PRK ini bakal memberi ruang kepada pembangkang untuk memecahbelahkan perpaduan yang selama ini dibawa Kerajaan Perpaduan.

BERITA BERKAITAN PRK: PN yakin mampu kurangkan majoriti di Parlimen Pulai



Beliau berkata hal ini kerana wujudnya gabungan Barisan Nasional (BN) dan PH selama ini bukanlah secara suka-suka, melainkan tercetus daripada satu cita-cita besar untuk mewujudkan kestabilan politik negara.

“Masing-masing letakkan perbezaan di belakang, masing-masing melihat apa negara perlukan pada masa hadapan, jadi undi calon PH-BN ialah mengundi masa hadapan, mengundi untuk kestabilan negara.

“Setelah pengorbanan dibuat oleh semua 16 parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, termasuk Sabah dan Sarawak, pengorbanan besar ini tidak boleh disia-siakan kerana ia merupakan satu sejarah penting untuk negara,” katanya.

Beliau berkata dalam perjuangan politik, tidak ada kawan dan musuh selamanya kerana yang kekal ialah prinsip yang diperjuangkan oleh sesebuah parti.



“Prinsip terbesar untuk negara untuk rakyat, untuk kestabilan, untuk masa depan, itulah prinsip yang menemukan kami (PH) dengan BN,” katanya.

PRK di Simpang Jeram dan Pulai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), BN-PH dan Bebas, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak pada Sabtu ini. Utv

Jangan pilih wakil rakyat macam pilih juara AF – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil



Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker