Kuasa besar mula menafikan peranan UN – Anwar

Kuasa besar mula menafikan peranan UN – Anwar

NEW YORK: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kuasa besar dunia yang dilihat lebih mengejar cita-cita mendapatkan status antarabangsa lebih tinggi sehingga mengetepikan fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Memulakan ucapan dalam bahasa Melayu, Perdana Menteri menegaskan kuasa-kuasa besar itu seharusnya berusaha untuk terus menyatakan kepentingan kelompok pelbagai hala.



“Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia Madani. Izinkan saya, bagi pihak negara dan rakyat Malaysia mengemukakan pandangan ke arah keamanan dan kesejahteraan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, September 2023.

“Hari ini, kita dapati kebanyakan kuasa besar dan mereka yang mengejar status antarabangsa yang lebih hebat mula tidak mengendahkan fungsi PBB demi platform yang lebih kecil, kononnya cara itu lebih berkesan.

“Kuasa-kuasa besar ini seharusnya terus mempertahan kepentingan hubungan pelbagai hala (multilaterialism), sebaliknya apa yang berlaku ketika ini, kita dapati munculnya kelompok kecil negara (minilateralism) yang menyebabkan berlakunya perpecahan dalam percaturan kuasa,” katanya dalam Kenyataan Negara pada Perhimpunan Agung PBB ke-78, di sini hari ini.

Anwar berkata, PBB diasaskan dengan visi memberi hak sama rata kepada negara berdaulat, mewujudkan dunia yang lebih demokratik berdasarkan semangat kesaksamaan dan keadilan.



“Visi itu bertujuan menyekat yang lemah menjadi mangsa kepada yang kuat, yang kaya menindas yang miskin dan yang terpinggir, kuasa besar ke atas semua yang lain. Visi mereka (pengasas PBB) pada pendapat saya sudah musnah,” katanya. BH

Kuasa besar mula menafikan peranan UN – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker