United Kingdom ‘hilang sekelip mata’ jika Rusia serang guna bom nuklear

LONDON: United Kingdom (UK) didakwa boleh ‘lenyap’ daripada muka bumi sekiranya Rusia melancarkan serangan balas menggunakan bom nuklear .

Ketika ini, UK merupakan antara negara paling lantang mengutuk serangan Rusia di Ukraine, selain membekalkan senjata kepada tentera Kyiv untuk menentang kemaraan Moscow.

Malah, amaran itu pernah dinyatakan oleh bekas pembantu kepada presiden Rusia, Frants Klintsevich pada tahun 2017.



Lapor Daily Star, Senator Rusia itu mendakwa sekiranya UK melakukan serangan awal ke atas Moscow maka negara itu mungkin musnah dalam serangan balas tersebut.

Amaran itu dibuat selepas bekas Menteri Pertahanan Britain, Michael Fallon mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak boleh menolak penggunaan senjata nuklear sebagai serangan pertama dalam keadaan paling ekstrem.

“Kenyataan Fallon harus dibalas dengan respons yang tegas dan saya tidak takut untuk berbuat demikian.

“Dalam situasi ini, kenyataan beliau harus diambil sebagai elemen perang psikologi yang serius dan menijikkan,” kata Klintsevich.



Ancaman kononnya UK akan musnah sekiranya berlaku perang nuklear turut ditegaskan oleh seorang pakar politik antarabangsa dari Universiti Leicester, Prof. Andrew Futter dalam satu temubual eksklusif bersama Daily Star, baru-baru ini.

Futter berpandangan Presiden Rusia, Vladimir Putin hanya mempunyai sedikit kelebihan daripada penggunaan senjata nuklear namun ‘perang saudara’ dan pertumpahan darah mungkin menyebabkan beliau terdesak untuk berbuat demikian.

Menurut Futter, isu Rusia menggunakan senjata nuklear dilihat ‘masih jauh’ lagi.

Sementara itu, seorang pakar politik di Universiti Cardiff, Prof. Campbell Craig pula menyatakan beliau tidak dapat membayangkan rupa dunia dan kesannya jika Perang Dunia Ketiga benar-benar meletus.



Craig mendakwa kebanyakan bandar di Rusia, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) akan menjadi sasaran dan dimusnahkan jika perang nuklear tercetus antara Moscow dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

United Kingdom ‘hilang sekelip mata’ jika Rusia serang guna bom nuklear

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker