Lelaki samun, cabul pelajar dicekup

Lelaki samun, cabul pelajar dicekup

POLIS menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat melakukan samun dan cabul kehormatan ke atas seorang pelajar sebuah universiti tempatan di rumahnya di Seremban 3, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan dalam serbuan di Taman Bukit Chedang Fasa 2 Seremban 24 Nov lepas.



Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi 6 Nov lepas semasa pengadu berusia 21 tahun sedang tidur di rumahnya dan terjaga apabila diraba oleh seorang lelaki berpakaian gelap.

“Pengadu terkejut sehingga berlaku bergelutan dengan suspek yang kemudian berjaya melarikan diri bersama telefon bimbit pengadu.

“Hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan polis menangkap suspek dan merampas telefon bimbit milik pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arifai berkata, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai 13 rekod lampau kes dadah dan lapan kes jenayah.



Katanya, suspek direman selama enam hari dan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan.

Menurutnya, arahan pertuduhan kes dibuat di bawah Seksyen 380 dan 354 Kanun Keseksaan.

Beliau menambah, polis mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat dan membanteras kes jenayah untuk kesejahteraan masyarakat. Utv

Lelaki samun, cabul pelajar dicekup



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker