UMNO mahu penyatuan ummah, hanya tolak Bersatu kerana pengkhianatan politik

KUALA LUMPUR: UMNO tidak pernah menolak segala usaha untuk penyatuan ummah, namun yang ditolak ialah penyelamatan Bersatu.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, formula Pas untuk mendukung Bersatu bukan rumus untuk ummah yang bersatu.

Katanya, Bersatu ialah parti yang jelas ditubuhkan untuk melemahkan kekuatan sebenar orang Melayu melalui UMNO.



“Kekuatannya adalah ‘superficial’. Tidak dibangunkan melalui perjuangan hakiki, tetapi dibina melalui sindiket pengkhianatan politik paling licik dan jelik dalam sejarah politik Malaysia.

“Kerana itu, Bersatu tidak mempunyai ‘standing’ sebagai pendukung kesatuan dan perpaduan Melayu.

“DNA-nya ialah anti-UMNO dan karakternya adalah khianat.

“UMNO adalah gerakan politik dan Ia bukan gerakan dakwah, justeru itu tugas UMNO ialah mengurus dan mentadbir negara,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.



Beliau berkata, penyatuan ummah tidak semestinya hanya akan terbit melalui kerjasama politik demi pilihan raya, malah UMNO telah dan akan usahakan dalam pelbagai ruang lingkup, pada setiap masa dan bukan bermusim bila ia mentadbir nanti.

“Segala perhitungan UMNO adalah pada kelangsungan politiknya dan kepentingan bangsa Melayu dan adalah strategik untuk orang Melayu mempunyai parti terbesar dan paling dominan dalam Kerajaan akan datang.

“Fokus UMNO ialah untuk mengembalikan semula kekuatan sebenarnya agar ia dapat menjadi jurucakap orang Melayu yang berkesan.

“Ia tidak akan dapat dicapai melalui kerjasama dengan Bersatu pastinya kerana telah menjadi cita-cita Bersatu untuk UMNO itu diakhiri, ditolak dan dimatikan,” jelasnya.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)



Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker