KJ bersedia dan terbuka bertanding dimana sahaja dalam PRU-15

Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata beliau bersikap terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Khairy berkata, beliau ditawarkan kerusi untuk bertanding oleh ramai pemimpin tempatan namun keputusan itu terserah kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya orang politik, bila diminta pergi ke mana-mana, saya pergi. Tidak kisah di mana-mana pun.

“Banyak kerusi ditawarkan kepada saya, namun yang menawarkan adalah pemimpin tempatan. Yang membuat keputusan nanti adalah pucuk pimpinan parti.

“Negeri Sembilan atau Lembah Klang, saya terbuka,” katanya menurut Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan Khairy mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya pada PRU15.

Katanya, ia selepas beliau diminta memberikan laluan kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan yang berhasrat bertanding di kerusi itu.

Mengenai persiapan parti, Khairy berkata ia diserahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.

“Saya difahamkan petang ini ada mesyuarat Biro Politik Umno dan semestinya agenda mesyuarat adalah dari segi persiapan dan pemilihan calon serta isu lain,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker