Cadangan PAS elak tembung 3 penjuru taktikal muslihat

PETALING JAYA: Cadangan PAS untuk mengelak berlaku pertembungan tiga penjuru antara parti itu dengan Umno dan Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disifatkan “satu taktikal penuh muslihat”, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, Umno dan BN sudah menetapkan pendirian jelas bahawa jika pun kerjasama antara dua parti itu mahu dibentuk dalam PRU, ia mesti bersifat menyeluruh.

“Kita hormati keputusan yang dicapai oleh jawatankuasa pusat parti mereka. Terserah kepada mereka bagaimana mereka mahu bergerak (dalam PRU).



“Tapi kalau mahu bekerjasama, biarlah bekerjasama ‘totally’ (secara menyeluruh), bukan kerana merundingkan kononnya ada kerusi bagi mengelak (pertembungan) tiga penjuru.

“Kami fikir itu adalah taktikal dan muslihat yang dilakukan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-76 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di Kuala Lumpur.

Pada 2 Okt, Zahid mengemukakan tiga tuntutan kepada PAS sekiranya mahu kembali bekerjasama iaitu keluar Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa parti itu “mufarakah” (berpisah) 100% daripada PN dan Bersatu.



Bagaimanapun, pada 8 Okt, bagi menjawab tuntutan Zahid itu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, berkata partinya memutuskan untuk meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan “komitmen” bersama Umno dan Bersatu bagi menghadapi PRU15.

Katanya, pihaknya berpandangan perlu ada “keanjalan” dalam rundingan antara ketiga-tiga parti.

“Termasuklah berkenaan syarat-syarat yang dikemukakan dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan,” katanya dalam kenyataan media rasmi dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)



Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker