PM perlu dedahkan segala ‘projek sakit’ kerajaan terdahulu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mesti mendedahkan senarai projek sakit kerajaan bernilai RM10 juta atau lebih yang belum mencapai kadar kemajuan sekurang-kurangnya 30%, gesa seorang Ahli Parlimen.

Bercakap di Dewan Rakyat, Lim Lip Eng (PH-Kepong) berkata, ini akan memastikan projek kerajaan berjalan dengan baik dan dana awam digunakan dengan cekap.

“Dengan adanya senarai projek-projek ini, kita dapat mengenal pasti projek yang memerlukan perhatian khusus dan tindakan untuk memastikan (projek-projek tersebut) dapat disiapkan dengan berkesan,” katanya semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).



Ahli Parlimen DAP itu turut menggesa Putrajaya mengambil tindakan tatatertib, mengenakan denda, atau mengambil tindakan undang-undang lain yang sesuai terhadap agensi dan pegawai kerajaan yang bertanggungjawab atas projek tergendala bawah RMK12.

Langkah ini bagi menjamin akauntabiliti dan ketelusan diutamakan dalam projek kerajaan, katanya.

Lim berkata, ini akan menjadi amaran kepada mereka yang bertanggungjawab melaksanakan projek-projek ini agar serius dalam melaksanakan tugas.

“Selain itu, langkah-langkah ini juga akan membantu melindungi kepentingan negara dan rakyat dan memastikan penggunaan dana kewangan negara dengan lebih berkesan,” tambahnya.



Semalam, Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan membatalkan projek kerajaan yang telah diluluskan beberapa tahun lepas tetapi masih belum dimulakan.

Projek-projek sebegitu termasuk yang telah diluluskan bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Jelasnya, pembatalan itu dibuat bagi memberi laluan kepada projek yang lebih diperlukan rakyat.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker