Tidak gentar diboikot, Lee Young-ae derma RM200,000 kepada Palestin

Tidak gentar diboikot, Lee Young-ae derma RM200,000 kepada Palestin

AKTRES Lee Young-ae menzahirkan kepeduliannya terhadap Palestin dengan mendermakan RM200,000 kepada mangsa yang terlibat dalam konflik berdarah itu.

Dana tersebut disumbangkan menerusi pasukan Palang Merah Korea Selatan dengan kerjasama Palang Merah antarabangsa.



Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, sumbangan Young-ae akan digunakan untuk tujuan perubatan kanak-kanak yang tercedera di Gaza.

Tindakan menyalurkan bantuan kepada Palestin membuktikan dirinya langsung tidak takut diboikot atau kerjaya akan terjejas.

Young-ae malah mengatakan dana itu diberikan agar mangsa terutama kanak-kanak di Gaza mendapat bantuan sewajarnya.

“Hati saya remuk melihat peperangan yang telah mengorbankan banyak nyawa terutama kanak-kanak.



“Saya harap dana tersebut sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak yang kehilangan keluarga dalam peperangan,” ujar Young-ae seperti dilaporkan AllKPop. Gempak

Tidak gentar diboikot, Lee Young-ae derma RM200,000 kepada Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker