Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis

Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis

Seorang bapa dan anak lelakinya ditahan selepas dipercayai menembak mati seekor kucing menggunakan selaras senapang angin di Bukit Rambai, Melaka, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Melaka Tengah, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kucing milik jirannya itu masuk ke dalam rumahnya.



Beliau berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan dibuat seorang lelaki kira-kira jam 2.30 petang mendakwa seekor kucing peliharaannya mengalami muntah darah dan terdapat luka kecil di bahagian belakang tubuh.

“Pengadu berusia 44 tahun itu seterusnya membawa kucing berkenaan ke klinik haiwan sebelum terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa haiwan peliharaannya cedera ditembak.

“Doktor memaklumkan terdapat geguli besi di dalam badan kucing dan haiwan itu tidak dapat diselamatkan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Raiz Mukhliz berkata, susulan itu, suspek utama berusia 62 tahun itu ditangkap polis semalam manakala anaknya berusia 27 tahun diberkas tadi selepas pengadu membuat laporan.



Beliau berkata, pegawai dan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) IPD Melaka Tengah juga merampas selaras senapang angin berserta beberapa alatan dipercayai alat ganti senapang itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui 17 butir peluru penabur di dalam bilik semasa penggeledahan dilakukan. Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek mengaku terbabit dalam kes yang disiasat. Mereka kini direman empat hari,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan.

“Jika disabitkan boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. FMT



Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap



“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker