Kisah inspirasi pasangan PMKS raih 100 ribu pengikut TikTok Shop

Kisah inspirasi pasangan PMKS raih 100 ribu pengikut TikTok Shop

Aplikasi e-dagang yang menggabungkan beli-belah dalam talian dengan hiburan, TikTok Shop kini menjadi pasaran digital terkemuka di mana projek sampingan rakyat Malaysia direalisasikan menjadi perniagaan yang berkembang maju.

Dengan tumpuan kepada jenama tempatan dan kuasa komuniti, inisiatif #JomLokal TikTok Shop berjaya menyemarakkan pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam perjalanan transformasi digital mereka.

Melalui platform ini, setiap leretan, suka, dan perkongsian sosial berpotensi melariskan produk jualan hingga kehabisan stok serta memberi peluang yang mungkin mengubah hidup.

Hygr dan EmpatBeranak adalah antara jenama-jenama tempatan yang berjaya meraih kejayaan luar biasa dengan memanfaatkan platform TikTok Shop.

Dari permulaan yang sederhana hingga menjadi sebutan ramai, perjalanan mereka adalah bukti bahawa dengan kreativiti dan dedikasi, impian boleh menjadi kenyataan.

Dari bilik ibu bapa sehingga ke kilang GMP sendiri

Hygr diasaskan oleh sepasang graduan undang-undang, Ivor Xian Z Lim dan Chew Hoi Meng yang menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan ketika bermulanya pandemik COVID-19.

Terdesak dengan situasi itu, mereka memutuskan untuk memulakan perniagaan dalam talian dari bilik kosong di kediaman ibu bapa Meng.

“Kami berdua menghadapi masalah peribadi di mana Meng dengan masalah bau badan dan saya mempunyai masalah bibir kering. Kami terfikir, mengapa tidak cuba selesaikan masalah ini dengan produk semula jadi?” kata Ivor.

Setelah beberapa bulan berusaha, mereka menghadapi pelbagai cabaran termasuk kekurangan pengalaman dalam pemasaran digital.

Namun, segalanya berubah pada 20 Mei 2020 apabila salah satu video TikTok mereka yang berdurasi enam saat membawa perubahan besar kepada perniagaan mereka.

“Kami tiba-tiba menerima ratusan pesanan semalaman dan ia telah mengubah segalanya,” tambah Ivor.

Permintaan yang tinggi memaksa mereka berpindah dari bilik kecil ke rumah dua tingkat di Selangor dan akhirnya, mereka memutuskan untuk membina kilang GMP (Amalan Pengilangan Baik) sendiri.

Ini termasuk berurusan dengan pelbagai pihak, dari kontraktor hingga pembekal bahan mentah.

“Kami terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah, tetapi setiap langkah kecil membawa kami lebih dekat kepada matlamat kami,” kata Ivor.

Dengan TikTok Shop, Hygr berjaya memperluas jangkauan mereka dengan jumlah pengikut lebih 179,800.

Bukan sekadar populariti, salah satu produk Hygr kegemaran ramai (Natural Deodorant Stick HYGR) turut mencecah lebih 46,500 pesanan setakat ini selain produk lain yang beribu-ribu terjual secara purata setiap satu.

Kejayaan mengagumkan ini membolehkan mereka mencipta pekerjaan dan mengupah 15 hos lain untuk rancangan strim langsung mereka di TikTok Shop.

Ia adalah satu pencapaian yang besar dan hebat memandangkan Ivor pada mulanya menjadi hos bagi jenama mereka sendiri.

Menurut kedua-dua usahawan ini, rahsia kejayaan mereka adalah ciri TikTok Shop yang membolehkan mereka berhubung dengan pelanggan secara langsung melalui video pendek menarik.

“Kami juga menggunakan sokongan baucar untuk Hari Jualan dan bekerjasama dengan ‘affiliate’ bagi mempromosikan Hygr.”

Permulaan yang tidak dijangka

EmpatBeranak diasaskan oleh Mohd Azri Aris dan Nina Nadia Sahim yang bermula sebagai pencipta kandungan keluarga di TikTok.

Kandungan mereka yang menarik berjaya meraih perhatian umum meningkatkan jumlah pengikut EmpatBeranak sehingga mencapai 124,300 pada hari ini.

Populariti yang dicapai ini membawa kepada pelancaran produk pewangi rumah berasaskan lilin yang mendapat sambutan hangat daripada pengikut mereka.

“Kami tidak menyangka perniagaan ini akan berkembang sebegitu rupa. Melihat pesanan masuk setiap hari memberikan kami semangat untuk terus berusaha,” kata Nina.

Walaupun pernah gagal dalam perniagaan sebelum ini di platform yang lain disebabkan cabaran baru landskap e-dagang pacsa COVID-19, pasangan ini kembali bangkit melalui TikTok Shop, menemui potensi mereka.

Kini, kedai mereka telah menjual lebih 37,100 unit produk.

Menggunakan teknik pemasaran ‘maverick’ dalam setiap kandungan yang dihasilkan, EmpatBeranak memanfaatkan peluang yang diberikan TikTok Shop bagi menonjolkan keunikan produk mereka.

“Kami sentiasa mencari cara untuk membezakan diri dari pesaing dan memastikan jenama kami relevan di pasaran,” tambah Nina.

Manfaat TikTok Shop buat komuniti

TikTok Shop bukan sahaja platform e-dagang malah juga komuniti di mana kreativiti dan perdagangan bertemu.

Ia membolehkan usahawan tempatan memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan yang lebih luas secara autentik, sambil menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar.

Memandang ke hadapan, Hygr dan EmpatBeranak bercita-cita untuk terus berkembang memperkenalkan produk baru serta memperluas jangkauan mereka ke negara jiran seperti Singapura, Indonesia, dan Brunei.

Kisah kejayaan dua jenama tempatan ini menunjukkan bagaimana TikTok Shop boleh menjadi platform yang berkuasa untuk usahawan tempatan. BH

Kisah inspirasi pasangan PMKS raih 100 ribu pengikut TikTok Shop

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker