Muatan kayu terbalik, lebuh raya sesak 4km

Muatan kayu terbalik, lebuh raya sesak 4km

Sebuah treler membawa muatan kayu terbalik di KM265 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini hari ini.

Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), insiden itu menyebabkan kesesakan trafik sejauh 4.2km sehingga menyebabkan kesemua lorong terhalang.



“Semua lorong masih terhalang, trafik terhenti dan sesak sebelum masuk ke Terowong Menora ke Ipoh Utara.

“Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan melalui susur keluar ke Kuala Kangsar,” kata LLM.

Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan di lokasi kejadian.

Tular beberapa gambar dan video menunjukkan lori berkenaan terbalik dengan serpihan papan berselerak atas jalan raya sehingga menyebabkan laluan terhalang.



Pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian turut berkongsi video dan gambar mengenai kejadian tersebut menerusi media sosial. FMT

Muatan kayu terbalik, lebuh raya sesak 4km


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun



Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker