Charles Santiago mahu halang PRU15

Bawa kes ke mahkamah

Charles Santiago mahu halang PRU15

Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago membawa kes ke mahkamah bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada menjalankan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana Ismail Sabri Yaakob, sebagai perdana menteri “caretaker”, dikatakan telah melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Santiago, yang memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini semalam, menamakan Ismail, kerajaan dan SPR sebagai responden.

Beliau mahukan deklarasi bahawa permintaan Ismail kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan bercanggah dengan Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Santiago berkata, permintaan itu tidak dibuat atas nasihat Jemaah Menteri dan oleh itu, terbatal dan tidak sah.

Pada Isnin, Ismail mengumumkan bahawa Parlimen telah dibubarkan, membuka laluan kepada PRU15 diadakan.

Ini bermakna, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan hari ini (10 Okt),” katanya dalam perutusan khas. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Charles Santiago mahu halang PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker