Padah sarung cincin di kemaluan, bomba terpaksa bantu potong

Padah sarung cincin di kemaluan, bomba terpaksa bantu potong

ALOR SETAR: Sakit dapat, malu apatah lagi. Demikian nasib malang seorang lelaki yang memasang cincin pada kemaluannya apabila ia tidak dapat ditanggalkan.

Susulan kejadian itu, sepasukan anggota bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil membantu memotong cincin pada kemaluan seorang lelaki dalam kes kecemasan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, tengah malam tadi.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.45 tengah malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang tiba di lokasi membantu pihak hospital untuk memotong cincin pada kemaluan mangsa yang berusia 29 tahun itu.

“Anggota bomba menggunakan alat pemotong khas untuk memotong cincin terbabit yang dilakukan berhati-hati untuk mengelak dari kecederaan.

“Operasi itu mengambil masa kira-kira 15 minit dan tamat pada jam 1.45 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Setakat ini, belum dapat dipastikan punca lelaki terbabit memasang cincin pada kemaluannya. BH

Padah sarung cincin di kemaluan, bomba terpaksa bantu potong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun



Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker