Masalah LRT, pakar khas dari luar negara dibawa segera

Kerajaan memohon maaf kepada pengguna atas kesulitan dihadapi berikutan gangguan perkhidmatan LRT sejak semalam, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Pakar daripada Istanbul dan Toronto telah diterbangkan ke Malaysia untuk membantu mencari punca gangguan LRT, kata Wee, lapor Bernama.

Kenyataan Wee ini menjawab kenyataan pemimpin pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali yang menyoal sikap berdiam diri Wee dalam isu penggantungan operasi LRT itu.



Terdahulu, Sheikh Umar yang juga lawan Wee di kerusi parlimen Ayer Hitam, Johor berkata walaupun parlimen sudah dibubarkan, Malaysia masih mempunyai kerajaan sementara untuk mengendalikan urusan kerajaan.

Perkhidmatan LRT bermula di stesen Kelana Jaya hingga Ampang Park dijadual ditutup sementara selama tujuh hari sehingga 15 November.

Ia melibatkan 16 stesen yang kebanyakannya terletak di antara kawasan paling padat di Lembah Klang.

Stesen yang terlibat adalah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Paramout, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, dan Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.



Menurut Rapid KL, stesen-stesen lain akan beroperasi seperti biasa namun perkhidmatannya tamat pada jam 11 malam, iaitu kira-kira sejam lebih awal.

Semalam, ketika hujan lebat di sekitar Lembah Klang berlaku “gangguan teknikal” yang menyebabkan beberapa stesen tren di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya ditutup.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker