Pengganas Israel letupkan rumah rakyat Palestin sebagai ‘hadiah hari lahir istimewa’ untuk anak

GENTING GAZA – Seorang askar rejim Zionis tergamak meletupkan kediaman penduduk di Genting Gaza sebagai ‘hadiah hari lahir istimewa’ untuk anak perempuannya.

Rakaman video yang menjadi tular itu memaparkan si bapa dikelilingi rakan sepasukannya membuat ‘ucapan’ dalam bahasa Hebrew tanpa rasa bersalah malah dia berbangga dapat berbuat demikian.

“Princess Ella berumur dua tahun. Ayah rindukan awak,” katanya sebelum dia bersama anggota tentera lain membuat kiraan detik dan disusuli letupan kuat serta kepulan asap tebal.



Klip yang memaparkan kekejaman rejim Zionis secara terang-terangan itu turut mengundang kecaman pengguna media sosial.

“Tentera Israel itu mendedikasikan tindakan zalimnya khas untuk anak perempuannya.

“Tempat ‘istimewa’ di neraka dikhaskan untuk bajingan tidak berperikemanusiaan ini,” tegas wartawan Britain, Rachael Swindon.

Seorang penyelidik dari Australia dikenali sebagai Hussein juga mengutuk keras tindakan itu.



“Daripada menyuruh anaknya meniup lilin pada kek, dia bertindak meletupkan rumah kanak-kanak lain.

Orang begini sememangnya tiada akal,” katanya.

Ruangan komen memaparkan video itu terus dibanjiri kritikan pedas yang kebanyakannya menyelar kezaliman tentera Israel.

“Jika anda tidak pernah melihat psikopat/terencat akal.



Lihatlah video ini. Ia dipaparkan dengan jelas. Kasihan pada anak kecil itu kerana sudah dipupuk dengan kebencian dan kejahatan,” ujar seorang lagi pengguna media sosial. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker