Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar AS berbanding Jumaat lepas, menjelang data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang dijadual akan diumumkan hujung minggu ini.

Pada jam 6 petang, ringgit menokok kepada 4.6785/6830 berbanding dolar AS daripada 4.6830/6875 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit kini sedang mengalami penyatuan dalam julat yang lebih tinggi menjelang pengumuman data PCE.

“Hasil data ini berpotensi mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan kadar faedah pada suku kedua 2024 terutamanya jika angka itu lebih rendah daripada jangkaan pasaran dan apa yang paling penting, ia tidak memenuhi unjuran inflasi ditetapkan Fed AS,” katanya.

Beliau juga berkata, pergerakan mata wang seiring dengan trend lemah yang dilihat dalam dolar AS pada awal minggu ini.

Pada penutupan dagangan, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding euro kepada 5.1220/1269 daripada paras penutup 5.1059/1108 pada Jumaat, berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.1334/1366 daripada 3.1295/1327 dan menguncup berbanding pound Britain kepada 5.8963/9020 daripada 5.8767/8823.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4961/5000 daripada 3.4903/4940 dan merosot berbanding baht Thai kepada 13.3181/3381 daripada 13.1949/2139 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.3 daripada 300.8/301.3 ketika ditutup pada Jumaat.

Bagaimanapun, unit tempatan jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.45 daripada 8.45/8.46 sebelumnya. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker