Spa tawar aktiviti pelacuran digempur

Gambar Hiasan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan seramai 16 suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran yang berselindung disebalik premis refleksologi dan spa berpusat di bandar raya ini, malam semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada lapan warga tempatan dan lapan warga asing melibatkan enam lelaki dan 10 perempuan.

Menurut beliau, salah seorang lelaki tempatan yang ditahan bertugas sebagai penjaga premis, manakala dua lagi lelaki tempatan bertugas sebagai ‘kapten’.

“Premis itu dikesan menawarkan khidmat seks yang berselindung disebalik perkhidmatan refleksologi dan spa, Bagaimanapun perkhidmatan itu perlu dilanggan secara dalam talian melalui platform Whatsapp dan Telegram bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.



Menurut beliau, kesemua yang ditahan berusia antara 22 hingga 40 tahun dan warga asing yang ditahan terdiri daripada rakyat Thailand, Indonesia, Vietnam dan Myanmar

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker