Tawaran setai Kerajaan Perpaduan, PAS nafi ‘malu-malu kucing’

Pas menafikan laporan berita sebuah media tempatan memaklumkan bahawa parti tersebut akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelaporan berita tersebut jauh berbeza dari konteks ucapan beliau sewaktu perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas pada Rabu.

“Saya ingin menegaskan bahawa, Pas menghormati dan berpegang teguh dengan permuafakatan politik bersama rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN).



“Pas menolak pelawaan menjadi komponen Kerajaan Madani dengan asas istiqamah bersetia kawan serta tidak akan mengkhianati janji kepada pengundi Pas-PN dan tidak akan bergabung dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya dalam siaran di Facebook pada Khamis.

Pada Khamis, media melaporkan Pas menyatakan keyakinannya akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, susulan jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada parti tersebut.

Dalam pada itu, ujar beliau, keputusan PRU dan pilihan raya negeri (PRN) jelas menunjukkan bahawa rakyat bersama Pas dan PN.

“Saya menyeru agar etika kewartawanan terus dipelihara agar setiap berita itu dilaporkan dengan telus dan tepat,” menurutnya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker