Yang menentang PAS, kurang sokong perjuangan Islam – Adun PAS

Yang menentang PAS, kurang sokong perjuangan Islam – Adun PAS

Adun PAS Kelantan Nik Bahrum Nik Abdullah tampil mempertahankan menteri besarnya yang terpalit dengan kontroversi selepas mendakwa dua Adun pembangkang sebagai ‘menentang perjuangan Islam.

Menurutnya semua orang tahu PAS sejak awal penubuhan memperjuangkan nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya.



“Bila PAS menang, PAS berusaha melaksanakan Islam. Judi, riba, undang-undang, arak (sekadar beberapa perkara).

“Tentu sekali yang menentang PAS, boleh ditebak kurang cenderung menyokong hasrat perjuangan Islam oleh PAS, sebab itu mereka pilih arah berbeza,” katanya dalam tulisan di Facebook, semalam.

Adun Chempaka yang baru memenangi pilihan raya negeri (PRN) Kelantan 12 Ogos lalu itu berkata demikian sebagai mengulas tindakan Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim yang menuntut permohonan maaf daripada Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud.

Ia susulan kenyataan Nassuruddin dalam ucapan di dalam kuliah di Medan Ilmu, Kota BHaru, Jumaat lalu yang mendakwa dua Adun berkenaan menentang perjuangan Islam.



Pun begitu, Nassuruddin menegaskan dia tidak akan memohon maaf dan akan meneliti notis tuntutan daripada Adun PH dan BN itu.

Sementara itu tegas Nik Bahrum, kedua-dua wakil rakyat daripada BN dan PH itu tetap Islam dari segi akidah.

“Adapun dari segi akidah, mereka tetap Islam.

“Sepatutnya apabila mereka Islam, mereka kena sokong perjuangan Islam,” katanya yang juga seorang peguam. Mk



Yang menentang PAS, kurang sokong perjuangan Islam – Adun PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker