Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

“AKU tak pergi solat Jumaat hari ini. Akukan musafir, ada kelonggaran itu.”

Monolog sebegitu biasa berlaku dalam kalangan masyakarat kita. Ramai yang berfikiran sedemikian ketika melakukan perjalanan dengan jarak dua marhalah atau sekurang-kurangnya 81 kilometer (mengikut Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor).



Namun begitu, video tular di TikTok tentang isu solat Jumaat ketika musafir dengan ungkapan ‘ALLAH dan Rasul sudah bagi kelonggaran kepada mereka yang bermusafir, kenapa tak nak ikut?’ menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai kerana situasi setiap orang berbeza.

Meskipun orang yang berpergian diberikan rukhsah (keringanan) itu, namun pendakwah Muhammad Zulhusni Mohd Zaki atau lebih dikenali sebagai Muzuza mengingatkan agar masyarakat memastikan terlebih dahulu sama ada kita memenuhi syarat orang yang dibenarkan melakukan keringanan tersebut atau tidak.

Beliau kemudian menerangkan tentang hukum bermusafir pada hari Jumaat selepas Subuh dan sebelum Zuhur.

Dalam kitab al-Majmu’, katanya, perbuatan itu tidak dibenarkan jika dia ialah orang yang wajib menunaikan solat Jumaat, dia tahu dirinya akan tertinggal solat Jumaat jika bermusafir dan tiada keuzuran.



Sementara itu, dalam isu meninggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ujar beliau, terdapat dua pandangan dalam hal itu seperti berikut:

1. Pandangan pertama: Gugur kewajiban solat Jumaat jika dia bermusafir sebelum Subuh dan berniat sebagai orang musafir (tidak berniat untuk tinggal di destinasi selama empat hari dan ke atas). Ini adalah pandangan muktamad dalam Mazhab Syafie.

Bagaimanapun, jika dia bermusafir selepas Subuh, maka wajib untuknya menunaikan solat Jumaat.

2. Pandangan kedua: Gugur juga kewajiban walaupun bermusafir bermula sebelum atau selepas Subuh.



Berdasarkan dua pandangan itu, Muzuza menjelaskan, pendapat pertama adalah yang lebih diutamakan kerana ia pandangan muktamad dalam Mazhab Syafie.

“Pandangan kedua pula boleh diamalkan kerana fatwa daripada mufti, tetapi mestilah dengan syarat sesuai iaitu sekiranya mempunyai kesukaran, bukannya sewenang-wenangnya dengannya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi akaun X miliknya baru-baru ini.

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cenderung kepada pandangan kedua kerana mutakhir ini, banyak perjalanan bergantung kepada jadual bas, kapal terbang mahupun kereta api yang berlepas selepas fajar.

“Jika kenderaan bertolak pada jam 11 pagi misalnya, sukar bagi seseorang untuk keluar daripada kampungnya sebelum fajar dan perlu menunggu lama.



“Namun begitu, pastikan musafir itu atas tujuan yang mubah (harus), bukan makruh ataupun haram,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Al-Kafi #404: Musafir Pada Hari Jumaat yang disiarkan di laman web rasmi pejabat mufti berkenaan.

Senada dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ialah Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang mana pihaknya melihat pandangan kedua yang kena dengan realiti pada hari ini. Sinar

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC



Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker