Punca Ustaz Kazim disihir

Punca Ustaz Kazim disihir

Penceramah juga pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim, 52, mendedahkan beliau disihir seseorang lebih 25 tahun lalu berpunca daripada percakapannya yang membuatkan individu terbabit terasa hati.

Ustaz Kazim ditemui berkata, beliau mengetahuinya daripada pengakuan dibuat sendiri oleh individu yang menghantar sihir berkenaan ketika datang bertemu dengannya untuk memohon maaf.



“Kali pertama saya kena sihir pada 1997, yang berpunca daripada percakapan saya sendiri. Ketika itu, saya masih muda, mungkin jadi penceramah yang garang sebab terlalu bersemangat dan lantang apabila berkata-kata.

“Saya tak sangka juga mungkin ada yang saya terlepas cakap ketika itu sehingga buat dia (individu berkenaan) marah. Jadi, apabila dapat tahu orang itu, saya tanya kepadanya mengapa bertindak sampai menyihir saya? Dia (orang itu) cakap, terasa hati dengan apa saya kata ketika hadir dalam ceramah saya.

“Tapi, saya tak tahu langsung perkara itu sebab apa yang saya cakap dalam ceramah ketika itu adalah secara umum saja. Tak tuju pada sesiapa pun, tapi dia (orang itu) dah terasa hati. Saya juga tidak kenal peribadinya,” katanya kepada Harian Metro ketika hadir pada sesi fotografi filem Zim Zim Ala Kazim lakonannya di Studio NSTP, Balai Berita, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Kazim, belajar daripada pengalaman itu membuatkan beliau kini mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati ketika bercakap di dalam ceramahnya, termasuk memberi komen berhubung isu-isu yang muncul.



“Selain pantang dalam penjagaan makanan harian saya, pada masa sama, saya juga perlu berpantang ketika bercakap sebab takut boleh buatkan orang lain terasa hati. Sekarang, saya ambil keputusan sangat berhati-hati.

“Malah, kesan daripada santau dialami itu, saya perlu jaga makan yang sampai sekarang tak boleh makan rebung, limau nipis, kambing dan minum air tebu sebab semua itu ada bisa. Kalau saya termakan juga, mesti badan akan jadi sakit dan perut saya pedih,” katanya.

Ujar Ustaz Kazim, sehubungan itu beliau mengingatkan golongan penceramah dan pendakwah muda masa kini agar lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam melontarkan kata-kata mereka ketika berceramah.

“Saya mohon kepada penceramah dan pendakwah muda baharu yang aktif berceramah kepada masyarakat agar berhati-hati dalam melontarkan kata-kata mereka ketika berceramah kerana kita tidak tahu ia mampu membuatkan orang lain terasa hati.



“Pada kita, mungkin apa yang diperkatakan atau disampaikan itu untuk kebaikan, namun kita tidak tahu ia mungkin kurang baik didengar oleh orang lain dan menyebabkan hingga terasa hati. Jadi, berhati-hatilah ketika bercakap,” katanya yang menjayakan watak dalam filem Zim Zim Ala Kazim arahan Mawi.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 Jun depan.

Mengulas juga mengenai filem lakonannya, Ustaz Kazim memaklumkan karya Zim Zim Ala Kazim itu mengangkat kisah benar dirinya kira-kira 70 peratus yang menjadi mangsa perbuatan ilmu hitam atau sihir. HM

Punca Ustaz Kazim disihir



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis



Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam



Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker