Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendakwa bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih mencederung memilih Tengku Razaleigh Hamzah berbanding dirinya kerana beliau seorang ahli politik bodoh.

Bercakap semasa menyampaikan ucapan aluan bagi melancarkan buku bertajuk Ku Li: Memoir 205, Musa menggelarkan Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik yang bijak.



“Waktu Dr Mahathir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (UMNO), ketika itu Dr Mahathir beritahu kepada seluruh ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), dia cakap ada seorang daripada kita yang tak sabar nak ambil alih jawatan sebagai ketua dalam UMNO.

“Ada satu malam dia (Dr Mahathir) kata ada dengar bahawa orang ini jahat. Saya pun macam bodoh dan (ketika itu) saya duduk sebelah dengan pemimpin yang sangat penting kerana saya (ketika itu adalah) timbalan.

“Saya pusing (untuk tanya) siapa (individu) yang dia cakap ini. Percaya atau tidak, saya tanya siapa dia (individu yang dituju itu) ada (mereka beritahu) youlah (Musa).

“Pada hari seterusnya, saya beritahu untuk lepaskan (jawatan) semudah seperti itu walaupun bos sayangkan saya dan sekarang dia henti sayangkan saya kerana saya tak boleh buat kerja, Timbalan Perdana Menteri bodoh, dia terperanjat, ” katanya.



Berkongsi cerita mengapa beliau tidak bertanding menentang Dr Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO, Musa mengaku faktor kewangan adalah cabaran dah halangan utama.

Dengan kekangan itu, Musa mengakui beliau terpaksa bersikap realistik dan tidak boleh berbuat apa-apa termasuk untuk mencari dana.

“Realiti yang tidak membenarkan saya untuk menyertainya. Saya bersikap realistik. Saya berdepan apa saja bentuk realiti iaitu saya tak ada duit langsung.

“Faham tak bila kita berpecah dalam UMNO, ada UMNO baharu dan UMNO lama. Ku Li mengetuai Team B dan lepas itu Team B jadi Semangat 46. Saya fikir saya pandai sangat dan (Tun) Abdullah Badawi dan Shahril dan ada budak-budak kita bersama.



“Soal duit macam mana? Saya lihat kepada Shahril. Seorang pun tak ada duit. Cuba juga untuk mendapatkan sumbangan, tapi tak menjadi dan ia tak semudah itu. Ia adalah realiti.

“Berbalik kepada wang, saya sedar saya tak ada duit dan isu duit adalah cabaran terbesar dalam politik atau orang politik, kerajaan dan parti politik kena hadapi,” katanya. BH

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Ternganga tengok Dolla menari

Indonesia tuduh Malaysia punca industri semikonduktor mereka lemah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker