Ustaz Ebit Lew buat panggilan video dalam keadaan ‘beronani’, mahkamah diberitahu

TENOM: “Saya ada sambut (jawab) panggilan video beliau, dia (Ebit Lew) tunjukkan dia sedang beronani. Saya nampak dia sedang gosok kemaluan dia.”

Itu keterangan diberikan saksi kesembilan, iaitu pengadu dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini.

Saksi memberitahu mahkamah, dia terjawab panggilan video itu pada 29 Mac 2021, kira-kira pukul 8.07 pagi.



Sebelum panggilan video dibuat, Ebit ada menghubunginya beberapa kali sejak pukul 1.39 pagi sehinggalah awal pagi, namun panggilan itu tidak dijawab dan pengadu hanya menjawab pesanan WhatsApp tertuduh pada pukul 6.32 pagi.

Saksi memaklumkan kepada mahkamah, pendakwah terkenal itu juga ada menghantar gambar kemaluan lelaki dengan berkain pelikat dan kain pelikat itu sama dengan warna kain pelikat yang digunakan semasa panggilan video tersebut.

“Semasa tertekan jawab, dia bagi tengok kemaluan dia. Saya nampak dia sedang gosok kemaluannya. Apabila saya letak (panggilan), dia terus paksa untuk saya jawab panggilan video dia,” katanya semasa menjawab soalan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria semasa sesi pemeriksaan utama.

Menurutnya lagi, dia juga sempat membuat tangkap layar (screenshot) semasa Ebit menunjukkan kemaluan ketika membuat panggilan video untuk ditunjukkan kepada suaminya.



Katanya, dia membuat tangkap layar kerana masa mula-mula Ebit memberikan gambar kemaluan, suami tidak percaya.

Saksi juga memberitahu mahkamah, sebelum insiden itu iaitu pada 22 Mac 2021, Ebit ada membuat panggilan video dalam keadaan berbogel.

Ketika itu, kebetulan saksi ada bersama-sama dengan rakan sekerjanya.

“Semasa mula-mula Ebit telefon, saya pasang loudspeaker (pembesar suara) untuk betul-betul pastikan itu adalah Ebit Lew.



“Selepas itu, pernah sekali semasa kami di tempat kerja, Ebit transit di Dubai, dia buat panggilan video dalam keadaan bogel dan kami nampak, terus tutup panggilan. Kemudian dalam teks (WhatsApp), Ebit tanya kenapa off (tutup panggilan), tak aci,” katanya.

Saksi memaklumkan dia menghubungi Ebit melalui aplikasi Instagram untuk bertanya mengenai program Keluarga Sunnah yang dijalankan susulan masalah rumah tangga dihadapinya.

Selepas berhubung melalui Instagram, Ebit meminta nombor telefon saksi dan atas dasar percaya, saksi memberikan nombor telefonnya pada 3 Mac 2021.

Kemudian, mereka saling bertukar pesanan WhatsApp kerana pada masa itu, dia percaya Ebit seorang penceramah motivasi.



Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida dan Analia Kamaruddin manakala Ebit diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak

Petikan Utusan



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker