Isu penjualan saham MAHB kepada syarikat pro Israel, Veteren UMNO bidas kerajaan

Veteran Umno membangkitkan isu penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel meskipun telah diberikan penjelasan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub mendesak kerajaan membatalkan cadangan menjual 30 peratus saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) subsidiari syarikat Blackrock yang pro Israel.

“Sebaliknya menjual saham (MAHB) itu kepada Khazanah dan KWSP bagi membolehkan kedua-dua GLC itu memiliki sepenuhnya saham MAHB yang sekarang 70 peratus dimiliki mereka.



“Veteran Umno tidak mahu MAHB sebagai satu entiti syarikat yang bertanggungjawab kepada keselamatan udara negara ini dimiliki atau dikongsi dengan syarikat asing.

“Apa lagi GIP yang dimiliki oleh Black Rock berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) yang ternyata membekalkan kemudahan persenjataan dan komunikasi kepada Israel yang telah membunuh puluhan ribu rakyat Palestin di Gaza,” katanya pada satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, perdana menteri membidas pembangkang berhubung dakwaan mengatakan saham MAHB akan dimiliki syarikat pro-Zionis.

Katanya, dakwaan itu tidak berasas dan dibangkitkan pembangkang hanya semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.



“…tiada yang positif daripada dia (pembangkang), hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki. Segala kenyataan kita yang diakui oleh dunia termasuk pertemuan dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, tidak beri sesuatu yang positif kepadanya, yang dicari fitnah dan hasutan.

“Ringgit dan bursa bertambah mengukuh itu hanya menyakitkan hati mereka,” kata Anwar pada sidang media di Astana, Kazakhstan, lapor Bernama.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar atas) menolak dakwaan pembangkang bahawa Khazanah Nasional Bhd merancang untuk menjual pegangannya dalam MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah dana pelaburan prasarana yang berpangkalan di AS.

Semalam Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zakarshi berkata kerajaan wajib berterus terang dan tidak berdolak-dalik berhubung spekulasi penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada firma yang dimiliki syarikat pro Zionis



Katanya, masih belum lambat untuk kerajaan membatalkan tawaran daripada konsortium berkenaan daripada memiliki saham MAHB.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional Afnan Hamimi Taib Azamudden (gambar atas) sebelum ini menegaskan sebarang syarikat yang pro-Israel tidak sepatutnya diberi ruang untuk bertapak di Malaysia, lebih-lebih lagi di tempat strategik seperti lapangan terbang.

Afnan turut menimbulkan kebimbangan tentang keupayaan syarikat pro-Israel itu, mempersoalkan rasional di sebalik membenarkan syarikat yang mempunyai rekod prestasi yang lemah dalam menguruskan lapangan terbang memiliki saham dalam MAHB.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula mendakwa rancangan pengambilalihan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) oleh sebuah konsortium yang termasuk sebuah syarikat terkait pro-Zionis akan menjejaskan wibawa Anwar sebagai pejuang Palestin.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker