Teguran doa dikubur orang kafir, penganjur jawab mufti

Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa) menjelaskan Tanah Perkuburan 13 Mei di Sungai Buloh, Selangor bukan “kubur Cina”, sebaliknya merupakan tempat persemadian mangsa pelbagai kaum, termasuk Melayu.

Pesawa membuat kenyataan itu susulan tular gambar orang Islam berdoa di “kubur Cina” sempena majlis peringatan pada tahun ini, dua hari lalu.

“Terdapat sejumlah 102 batu nisan, di mana dua adalah batu nisan mangsa berbangsa Melayu, dua lagi adalah batu nisan mangsa berbangsa India, manakala yang selebihnya adalah batu nisan mangsa berbangsa Cina.



“Mengambil kira latar belakang pelbagai kaum dan agama mangsa di tanah perkuburan ini, jawatankuasa penganjur majlis peringatan setiap tahun menjemput wakil enam agama utama, iaitu Islam, Buddha, Hindu, Tao, Kristian, dan Katolik, untuk menjalankan upacara doa masing-masing,” kata persatuan itu, hari ini.

Pesawa merupakan persatuan yang menyatukan keluarga mangsa tragedi 13 Mei.

Sabtu lalu, persatuan itu serta beberapa pihak lain mengadakan upacara memperingati ulang tahun ke-55 rusuhan kaum itu, yang diadakan di tapak perkuburan khas tersebut di Sungai Buloh.

Menurut Harian Metro, Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad berkata secara prinsip, doa tidak boleh dibacakan untuk orang bukan Islam di perkuburan itu.



“Tetapi disebabkan (kubur) bercampur, orang Islam akan berdoa kepada orang Islam,” katanya seperti dipetik, ketika mengulas perkara itu.

Dalam pada itu, Pesawa berkata mereka telah menganjurkan majlis peringatan di situ sejak 2017 untuk memperingati mangsa yang terkorban serta memupuk persefahaman antara kaum.

“Pesawa berharap dengan penjelasan ini, segala salah faham dapat diperbetulkan dan semangat perpaduan serta keharmonian antara kaum dapat terus diperkukuhkan,” kata persatuan itu lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker