Warna gaun Cate Blanchett tanda solidariti kepada Palestin

Warna gaun Cate Blanchett tanda solidariti kepada Palestin

GAUN aktres popular Cate Blanchett pada acara karpet merah Festival Filem Cannes, Perancis mencuri perhatian ramai.

Kehadiran ke majlis itu adalah bersempena tayangan perdana filem lakonannya berjudul The Apprentice.



Selebriti papan atas kelahiran Australia itu menggunakan peluang di karpet merah dengan memperagakan gaun satin rekaan Jean Paul Gaultier Couture yang berwarna hitam, putih dan hijau menggambarkan bendera Palestin.

Ia sekaligus menunjukkan tanda solidariti aktres tersebut kepada rakyat Gaza yang terus menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis, Israel pada saat ini.

Bintang berusia 55 tahun itu dilihat tenang berjalan di atas karpet merah terbabit sambil melambaikan tangan dan turut memegang kain di belakang gaunnya agar menampakkan warna hijau sebagai tanda keamanan pada bendera Palestin.

Tindakannya itu mendapat reaksi positif dan pujian warganet yang gembira serta terharu dengan tanda sokongannya sebagai tanda kemanusiaan dan mahu peperangan dihentikan di negara bergolak tersebut.



Cate yang juga pelakon filem Ocean’s 8 antara pelakon Hollywood yang tidak gentar menyebarkan mesej keamanan buat rakyat Palestin. Utv

Warna gaun Cate Blanchett tanda solidariti kepada Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker