Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha

Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha

Veteran UMNO menyifatkan Andrew Sia sebagai seorang yang jahil dan bodoh sejarah.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, artikel kolumnis berkenaan bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM berunsur hasutan.



Malah tulisan yang dimuatkan dalam portal berita itu boleh dikategorikan menyentuh isu 3R, katanya.

“Veteran UMNO menyokong desakan Pergerakan Pemuda UMNO supaya Andrew Sia memohon maaf dan artkel itu ditarik balik.

“Itulah cara yang terbaik supaya Sia tidak sial,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mustapha turut menggesa agar kerajaan mewartakan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi khusus untuk orang Melayu dan bumiputera.



Langkah itu, katanya, bagi mengelakkan sebarang salah tafsiran dan buruk sangka kepada institusi itu.

“Sejak ditubuhkan UiTM telah berjaya melahirkan ratusan ribu graduan didalam berbagai bidang. Mereka telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam, swasta, ahli perniagaan, ahli poliitik dan profesional yang diiktiraf dunia.

“Kalau perlu ia hendaklah didaftarkan sebagai harta intelek orang Melayu,” katanya lagi.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO mengecam penulisan dangkal Andrew Sia dan mendesaknya membuat memohon maaf terhadap kelantangan penulisannya yang menggelar UiTM sebagai sebuah ‘Akademi Aparteid’ di sebuah portal berita hari ini.



Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebagai rakyat Malaysia, penulis seharusnya memahami sejarah penubuhan UiTM dan betapa sensitifnya intsitusi pendidikan itu terhadap orang Melayu serta bagaimana Perkara 153 perlu dipertahankan. MG

Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker