Isu banjir Bandar Bukit Raja, penduduk mahu pemaju dan PBT selesaikan segera

Penduduk Bandar Bukit Raja, Klang, menggesa kerajaan Selangor menyelaraskan majlis tempatan dan pemaju hartanahnya dalam menangani isu banjir dan perparitan di kawasan itu.

Satu memorandum ditandatangani kira-kira 583 penduduk daripada 48 persatuan penduduk diserahkan kepada pejabat menteri besar hari ini oleh wakil mereka Zulkifli Othman.

“Saya amat berharap semua agensi kerajaan yang berkaitan, badan berkanun terlibat dalam pembangunan perumahan, termasuk Majlis Bandaraya Klang dan Shah Alam serta Jabatan Pengairan dan Saliran serta pemaju dapat duduk bersama untuk menangani kebimbangan ini,” kata Zulkifli kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum.



Memorandum itu mengatakan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju saling menuding apabila banjir berlaku – situasi yang menurut Zulkifli hanya boleh diselesaikan dengan campur tangan Menteri Besar Amirudin Shari

Beliau berkata, sistem perparitan di kawasan terjejas memerlukan penambahbaikan dan empat kolam tadahan banjir cetek yang ada ‘tidak mencukupi untuk mengurangkan banjir secara berkesan’.

Zulkifli, yang merupakan presiden permuafakatan pengerusi persatuan penduduk Bandar Bukit Raja Klang, berkata pendekatan antara majlis adalah perlu memandangkan air mengalir dari Setia Alam di Shah Alam ke Bandar Bukit Raja dan kedua-dua lokasi terletak di bawah majlis tempatan yang berasingan.

Beliau berkata, memorandum yang sama sudah dihantar kepada Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau yang berjanji untuk membangkitkan perkara itu di Parlimen.



Bandar Bukit Raja dilanda banjir kilat beberapa kali dan paling teruk pada Disember 2021 apabila paras air mencapai 3m.

Banjir kilat terbaru di kawasan itu ialah pada 24 April lalu apabila air banjir mencecah satu kaki.

Banyak permintaan dibuat kepada kerajaan negeri, termasuk meluas dan mendalamkan Sungai Puloh bagi meningkatkan kapasiti tadahan air serta memastikan air tidak melimpah apabila kawasan itu dilanda hujan lebat.

Terdapat juga gesaan agar kerajaan membina kolam tadahan banjir berhampiran Sungai Puloh.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis



Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam



Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker