Kisah Rasulullah s.a.w. disihir lelaki Yahudi

Kisah Rasulullah s.a.w. disihir lelaki Yahudi

Ilmu sihir telah ada sejak sekian lama terutama ketika zaman Nabi Musa a.s. lagi. Ilmu ini banyak digunakan untuk menghancurkan dan membinasakan orang lain. Melalui ilmu sihir, pelaku akan meminta bantuan jin dan syaitan untuk menzalimi dan menyakitkan mangsanya. Dalam surah al-Baqarah: 102 Allah berfirman,

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa Kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu melakukan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir) hanya syaitan-syaitanlah yang kafir (mengerjakan sihir).



Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan,

“Sesungguhnya kami hanya ujian (untuk menguji imanmu) sebab itu janganlah kamu kafir”

Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat.

Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui”



Dasyatnya ilmu sihir sehingga ada yang menderita hingga meninggal dunia. Malah dalam sirah dan juga hadis sahih riwayat Bukhari menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. juga pernah menjadi mangsa sihir.

Sebagaimana dikatakan dari Aisyah r.ha seorang lelaki Yahudi dari Bani Zuraiq bernama Labid bin al-Asham telah menerima tawaran dari kafir Quraisy dengan imbalan wang untuk menyihir Baginda s.a.w. sehingga mati.

Untuk menjayakan sihirnya, Labid mendapatkan rambut Baginda s.a.w. Setelah berhasil mendapatkan rambut Baginda, Labid mengikat buhul (ikatan/simpulan tali untuk sihir) yang dicucuk dengan sebelas jarum bersama dengan rambut Baginda. Kemudian dia meniupkan bacaan mantera pada buhul tersebut.

Setelah itu, buhul diikat pula pada ranting kecil pohon kurma, dibungkus dengan daun dan dibuang ke dalam perigi yang sangat dalam. Sihir ini hanya dapat dimusnahkan dengan cara membuka ikatan buhulnya.



Satu ketika Rasululllah s.a.w. menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Ingatan beliau terhadap sesuatu sering hilang secara tiba-tiba dan Baginda s.a.w. sering berkhayal melakukan sesuatu yang beliau tidak lakukan.

Selain itu, Baginda s.a.w. juga merasa mudah lelah dan penat serta hilang selera makan. Akhirnya Baginda s.a.w. berdoa kepada Allah memohon petunjuk dan disembuhkan segala penyakit yang dideritainya.

Ketika sedang tidur, lalu Baginda s.a.w. bermimpi melihat dua orang lelaki (malaikat) yang pertama sedang duduk di kepalanya dan satu lagi berada di sisi kakinya. Lalu seorang di antara mereka memberitahu pada seorang lagi penyebab dari penyakit Nabi Muhammad s.a.w. adalah kerana sihir dan nama dari perigi yang dicampak buhul adalah perigi zarwan.

Malaikat Jibril datang dan membenarkan mimpi Baginda s.a.w. serta menyampaikan dua surah untuk dibaca iaitu surah al-Falaq dan an-Nas. Setelah itu Nabi s.a.w. memanggil beberapa orang sahabatnya dan pergi ke perigi tersebut. Air perigi tersebut berwarna merah seolah-olah air warna daun inai dan seakan-akan pohon kurma seperti kepala-kepala syaitan.



Baginda s.a.w. membacakan surah al-Falaq dan an-Nas kemudian ditiupkan ke dalam segelas air putih. Setelah itu air putih tersebut disapukan ke seluruh tubuh Baginda s.a.w. Hasilnya Baginda kembali pulih seperti sediakala.

Kisah ini jelas membuktikan bahawa Baginda adalah manusia biasa yang boleh diuji dengan sakit dan tidak kebal atau terlepas dari ilmu sihir meskipun Baginda seorang pesuruh Allah dan didampingi pula dengan malaikat Jibril.

Oleh itu sebagai manusia biasa berhati-hatilah kerana ilmu ini memang wujud dan boleh menyebabkan mangsa ilmu ini menderita. Oleh itu amalkanlah membaca surah al-Falaq dan an-Nas sebagai perlindungan dan rawatan sihir. Wallahu a’lam Utv

Kisah Rasulullah s.a.w. disihir lelaki Yahudi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga



‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker