Wanita mati hidup semula selama 5 jam kemudian mati semula mengejutkan doktor

LANCASTER: Sebuah rumah pengebumian di Nebraska, Amerika Syarikat (AS) gempar selepas seorang wanita yang diisytiharkan sudah meninggal dunia kembali bernyawa.

Timbalan Ketua Daerah Lancaster, Ben Houchin berkata, Constance Glantz, 74, disahkan meninggal dunia di sebuah rumah jagaan pada pagi Isnin dan mayatnya dipindahkan ke kemudahan itu apabila seorang pekerja menyedari wanita tersebut masih bernafas.

“Salah seorang staf kemudiannya menghubungi talian kecemasan dan kru yang tiba di rumah pengebumian tersebut mengesahkan Glantz masih hidup.



“Wanita itu dibawa ke hospital berhampiran, namun menghembuskan nafas terakhir kira-kira lima jam kemudian,” ujarnya.

Menurutnya, ia adalah kes yang sangat luar biasa.

“Saya tidak pernah melihat insiden seperti ini sepanjang 31 tahun saya bertugas,” katanya lagi.
Difahamkan, Glantz sedang menerima jagaan hospis ketika pengesahan kematiannya dibuat pada mulanya.

“Buat masa ini, kami tidak menemui sebarang unsur jenayah oleh kakitangan pusat jagaan tersebut. Siasatan masih dilakukan,” jelasnya.



Sementara itu, Peguam Daerah Lancaster mengarahkan bedah siasat dilakukan ke atas mayat tersebut dan keputusannya dijangka diperoleh dalam tempoh 12 minggu
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil



Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)



Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker